06 Julai 2013

Kerjaya Akademik

UF memulakan kerjaya di USIM (dulu KUIM) dengan jawatan tutor. Ketika tu dah tamat menulis tesis master dan sedang menunggu viva. Agak perit juga kerana teraba-raba dan tertanya-tanya bagaimana nak membina karier sebagai ahli akadmeik di universiti. Tiada siapa pun yang beritahu atau bercerita apa yang perlu dibuat kecuali terlalu sedikit. Tambahan pula hampir kebanyakkan ahli akademik USIM masa tu muda-muda belaka macam UF, jadi mereka pun senasib dengan UF.

Sebab itu laluan kerjaya akademik UF agak perlahan dan penuh pancaroba. Sebab itu UF selalu berkongsi apa yang patut dibuat dengan rakan-rakan pensyarah yang baharu masuk di USIM kerana tidak mahu perkara yang sama berlaku seperti UF.

Teringat kepada 2-3 orang ahli akademik senior (Prof. dll), kita perlu ada target jelas dalam membina kerjaya akademik. Contohnya daripada pensyarah ke pensyarah kanan, pensyarah kanan ke profesor madya, profesor madya ke profesor perlu ada target tahun. Katakan setiap tahap tu kita letak 5 tahun, jadi semaksimum tempoh ialah dalam masa 15 tahun kita telah menjadi seorang profesor di universiti. Kalau lagi awal lagi bagus dan bonus. Untuk bidang sains memang kelihatan ramai yang boleh capai sebelum tempoh tersebut. Ramai yang dapat profesor penuh sebelum 35 atau 40 tahun.

Sekarang ini untuk naik pangkat, terpaksalah nafsi nafsi. Kalaulah pengurusan tertinggi boleh merangka kemajuan akademik secara terpimpin, alangkah bagusnya!!!

07 April 2013

Penasihat Syariah Hong Leong Islamic Bank


Mulai 1 April 2013, UF telah dilantik sebagai Penasihat Syariah Hong Leong Islamic Bank (HLIB) untuk dua tahun. Tahun lepas, ada sahabat yang suruh submit resume untuk direkomen sebagai penasihat Syariah mana-mana bank. Mulanya, perasaan takut dan bimbang bermain di fikiran sebab UF ni tak pakar (baca: tak tahu) dalam bidang mumalat.

UF memang tak berapa minat bab muamalat daripada dulu lagi. Cuma bila nak direkomen sebagai penasihat Syariah bank, UF fikir sampai bila aku nak jahil bab muamalat ni. Sudah sampai masa, UF kena beranikan diri untuk “menjelajah” dunia muamalat ni. Bila dihubungi oleh pihak HLIB dan mereka beritahu nama UF dicalonkan untuk penasihat Syariah, UF terima cabaran ini untuk kemajuan diri UF terutama dalam bidang muamalat yang praktikal.

Setelah melalui perjumpaan dengan pihak Jabatan Syariah HLIB bersama COO serta CEO HLIB, begitu juga dengan Bank Negara, UF dengan rasminya adalah Penasihat Syariah Hong Leong Islamic Bank.

Allahumma faqqihni fi a-din wa allimni al-ta’wil…

Allahumma yassir wa la tu’assir…

12 Februari 2013

1 Malaysia?


Hari ni UF melawat ibu saudara yang dimasukkan ke Hospital Selayang kerana menjalani pembedahan di Wad 4A. Tersentuh hati bila melihat seorang auntie Cina dibantu oleh seorang pesakit Islam yang ada di depan katilnya waktu minum petang (2.30pm). 1 Malaysia atau 1 ukhuwwah bayna al-Nas?

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage