Slide 1

SAAT TERINDAH

Diizinkan Allah SWT untuk mengunjungi Baitullah dan masuk ke dalam ka'bah pada tahun 2023

View More

Slide 2

PEMBURU ILMU

Walau air tujuh lautan diambil sebagai dakwat pena, ia tidak akan habis untuk merekodkan ilmu-Mu

View More

Slide 3

PENYELIDIK LAPANGAN

Dunia akademik tidak sempurna tanpa turun ke lapangan untuk membuat penyelidikan

View More

Slide 4

PENGGUBAH LAGU

Zikir dan fikir beriringan.

View on YouTube

Slide 5

DALAM TV

Berkongsi idea di media

View More

Saat Terindah

Saat Terindah

Slide 2 Image

Slide 2 Image

Slide 3 Image

Slide 3 Image

Slide 4 Image

Slide 4 Image

Slide 5 Image

Slide 5 Image

Service 1

Pendidikan

Doktor Falsafah (Fiqh dan Usul), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (2011);

Sarjana Pengajian Islam (Syariah), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (2002);

Sarjana Muda Syariah Islamiyyah, Universiti al-Azhar, Mesir (1996).

Service 2

Kepakaran

Fatwa

Usul Fiqh

Fiqh Kontemporari

Fiqh Halal

Service 3

Kerjaya

Profesor (2020 - kini)

Profesor Madya (2015 - 2020)

Pensyarah Kanan (2007 - 2015)

Pensyarah (2002 - 2006)

Akademik / Academic

Kesarjanaan Akademik / Academic Scholarship

Penerbitan

Penerbitan

Penerbitan

- Publication -

Pelbagai penerbitan telah diterbitkan di peringkat universiti hingga ke peringkat antarabangsa. Baca lagi...

Penyelidikan

Penyelidikan

Penyelidikan

- Research -

Isu semasa berkaitan fiqh dan permasalahan masyarakat menjadi tumpuan dalam penyelidikan. Baca lagi...

Perundingan

Perundingan

Perundingan

- Consultation -

Khidmat perundingan merentasi pelbagai institusi sentiasa dijalankan. Baca lagi...

Penasihatan Syariah

Penasihatan Syariah

Penasihatan Syariah

- Syariah Advisory -

Khidmat penasihatan syariah disediakan bagi memenuhi keperluan semasa. Baca lagi...

Aktiviti / Activities

Antarabangsa / Kebangsaan / Negeri

Pelbagai / Others

Sekolah / Gubahan Lagu / Pengembaraan / Kemasyarakatan


Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR)

Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR)

Ma'had Sinar Tahfiz dan Kefahaman al-Quran (SHIFA)

Ma'had Sinar Tahfiz dan Kefahaman al-Quran (SHIFA) Ma'had Sinar Tahfiz dan Kefahaman al-Quran (SHIFA)

Usuli Faqih Research Centre (UFRC) PLT

Usuli Faqih Research Centre (UFRC) PLT Usuli Faqih Research Centre (UFRC) PLT

Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies

Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies

Perdana: International Journal of Academic Research

Perdana: International Journal of Academic Research Perdana: International Journal of Academic Research

Akademi Fiqh Islami Malaysia (AFHAM)

Akademi Fiqh Islami Malaysia (AFHAM) Akademi Fiqh Islami Malaysia (AFHAM)

Layari Blog Dr. Irwan

Blog DrIrwan.com bermula dengan nama usulifaqih.blogspot.com. Dengan berfokuskan kepada perkongsian ilmu, ia kini dinaiktaraf menjadi e-portfolio dan masih mengekalkan fungsi blogging.

Sila ikuti cerita saya dalam blog ini.

Blog Background Image

Blog Background Image

3 Blog Posts

Album Lagu Dr. Irwan Fika Raja'i (PadaMu Pengharapanku)

Contact Background Image

Contact Background Image

Hubungi Saya / Contact Me


04 Oktober 2026

Selamat Hari Akademia 2026! “Sinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi Dalam Akademia”

 




Bismillahirrahmannirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh barisan kepimpinan Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) ingin mengucapkan Selamat Hari Akademia 2026 kepada seluruh warga dan ahli akademik di seluruh universiti dan institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Hari ini, 5 Oktober, adalah hari khas bagi meraikan pengorbanan, iltizam, dan sumbangan luar biasa para ilmuwan yang tidak pernah jemu mencurah bakti dalam memperkasa minda bangsa dan membina tamadun ilmu.

Dunia akademia bukan sekadar kerjaya, melainkan satu amanah dan risalah perjuangan yang sangat mulia. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua warga akademik untuk terus bersemangat menyalakan obor ilmu, menghasilkan penyelidikan berkualiti, serta menyumbang kepakaran demi kemajuan dan kebajikan agama, bangsa, dan negara. Setiap lembaran ilmu dan bimbingan yang ditinggalkan hari ini bakal menjadi landasan kukuh buat generasi pewaris masa hadapan dan menjadi legasi warisan ilmu buat generasi mendatang.

Dalam keghairahan kita mengejar kecemerlangan, penarafan dan pencapaian penyelidikan, ingin MAAC tegaskan bahawa integriti akademik adalah teras utama yang perlu dipelihara pada setiap masa. Etika, ketelusan dan kejujuran ilmiah tidak boleh dikompromi sama sekali. Warga akademik mestilah sentiasa menjadi penanda aras akhlak dan tempat rujukan intelek yang dipercayai oleh masyarakat serta negara.

Pemilihan tema Hari Akademia 2026, “Sinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi Dalam Akademia”, amat bertepatan dengan keperluan lanskap pendidikan tinggi yang semakin dinamik dan berasaskan era digital. Sinergi ini menegaskan bahawa ilmu kekal sebagai asas kebenaran ilmiah, manakala teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan pengkomputeran berasaskan data bertindak sebagai pemangkin untuk mempercepat serta memperluas capaian pembelajaran, penyelidikan dan lain-lain. Seterusnya, integrasi ilmu dan teknologi ini menterjemahkan inovasi berimpak tinggi yang mampu memberikan penyelesaian konkrit kepada pelbagai isu semasa industri mahupun masyarakat.

Sehubungan dengan itu, tema ini menuntut seluruh warga akademik untuk keluar daripada kepompong tradisi dan memanfaatkan alatan teknologi moden secara berasas dan bijaksana. Integrasi mantap antara ilmu, teknologi dan inovasi bukan sahaja memperkasakan kualiti penyelidikan serta pengajaran di universiti, malah memastikan institusi pendidikan tinggi negara kekal relevan, berdaya saing di peringkat kebangsaan dan global serta terus memacu pembangunan sosioekonomi negara secara mampan.

Sempena hari yang penuh bermakna ini, MAAC ingin menumpukan harapan tinggi kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi (YBM KPT), pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta Kepimpinan Pengurusan Tertinggi Universiti-Universiti. MAAC amat berharap agar hubungan rakan strategik yang harmonis, erat dan inklusif antara pihak kementerian/pihak pengurusan universiti bersama persatuan-persatuan akademik dapat terus disuburkan.

Di samping itu, keutamaan dan perhatian berterusan terhadap kebajikan, skim perkhidmatan, kemudahan kerja, serta kesejahteraan emosi dan mental warga akademik hendaklah sentiasa dipelihara. Ahli akademik yang terbela dan sejahtera adalah tunjang kepada kejayaan sesebuah universiti dan sistem pendidikan tinggi negara.

Akhir kata, terima kasih atas segala jasa, keringat, dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh para pensyarah, penyelidik dan para ilmuwan sekalian. Teruskan melangkah dengan penuh yakin dan berdedikasi.

Selamat Hari Akademia 2026! “Sinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi Dalam Akademia”

Mendidik Bangsa, Membina Negara, Menjunjung Integriti.

Sekian.

Wabillahi Taufiq Wa al-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri
Presiden MAAC 2026-2028

Jom jadi ahli MAAC:
https://forms.cloud.microsoft/pages/responsepage.aspx?id=Vut-Z9_ydUaeDMzWAKkVgO_AFwmeRxhOvlVb86VI5WlUMjhDQ0VPRldSVEU2RlFCOFJVNFg5MlRNRS4u 

04 Jun 2025

Bengkel Asas Penulisan Kajian Literatur Pengajian Islam Menggunakan AI



Bersama: Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri Profesor, Fakulti Syariah & Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia Setiausaha Akademi Fiqh Islami Malaysia (AFHAM) Tarikh: 5 Julai 2025 Hari: Sabtu Masa: 9.00am - 1.00pm Tempat: Dar Usuli, Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor. Terbuka kepada semua!!!
Bengkel dijalankan secara Hybrid (Fizikal & Dalam Talian)
Yuran: RM60 Link Pendaftaran:

Kursus Kemahiran Istinbat Hukum Di Majmak Buhuth Al-Azhar, Darul Ifta' Mesir Dan IFFAH, USIM


Akademi Fiqh Islami Malaysia - AFHAM (No. Pendaftaran: PPM-021-05-18082020) dengan kerjasama Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia akan menganjurkan Kursus Kemahiran Istinbat Hukum di tiga institusi berikut:
i. Majmak Buhuth Al-Azhar, Mesir.
ii. Darul Ifta’, Mesir.
iii. IFFAH, USIM.
SIJIL YANG AKAN DIANUGERAHKAN
Peserta kursus Kursus Kemahiran Istinbat Hukum ini akan menerima tiga sijil seperti berikut:
i. Sijil Tadrib Ifta’ & Kemahiran Istinbat Hukum Majmak Buhuth Al-Azhar, Mesir.
ii. Sijil Tadrib Ifta’ & Kemahiran Istinbat Hukum Darul Ifta’, Mesir.
iii. Sijil Kemahiran Istinbat Hukum IFFAH, USIM.
TARIKH KURSUS Kursus di Majmak Buhuth al-Azhar, Mesir: 7 -11 September 2025 (5 hari) Kursus di Darul Ifta’ Mesir: 14 -18 September 2025 (5 hari) Sebelum pergi ke Mesir, semua peserta diwajibkan mengikuti Kursus Kemahiran Istinbat Hukum di IFFAH, USIM pada 19-20 Ogos 2025. Nota: tarikh terbang ke Mesir ialah pada 5 September 2025 dan tarikh pulang ialah pada 20 September 2025 (15 hari keberadaan di Mesir). SASARAN PESERTA 30 orang Ahli-Ahli Akademik Universiti Awam dan Swasta atau individu dalam bidang Pengajian Islam. Tempat adalah terhad. SYARAT PENYERTAAN Mempunyai latar belakang pengajian Islam dan boleh berbahasa Arab. YURAN DAN PAKEJ KURSUS RM12,500.00 (Dua belas ribu lima ratus sahaja). Pakej ini akan diuruskan sepenuhnya oleh AFHAM dan IFFAH, USIM. Pakej ini merangkumi:
i. Tiket kapal terbang kelas ekonomi.
ii. Penginapan selama 15 hari di Mesir.
iii. Makan minum selama 15 hari di Mesir.
iv. Pengangkutan selama 15 hari di Mesir.
v. Visa.
vi. Lawatan sambil belajar (di beberapa tempat pilihan dalam dan luar Kaherah).
vii. Yuran pengurusan.
viii. Yuran kursus di IFFAH, USIM.
ix. Yuran kursus di Majmak Buhuth al-Azhar, Mesir. Sekiranya peserta memlih untuk menguruskan sendiri, terdapat yuran minimum yang akan dikenakan bagi mengikuti kursus ini; iaitu sebanyak RM2000.00 (Dua ribu sahaja) yang merangkumi:
i. Yuran pengurusan.
ii. Yuran kursus di IFFAH, USIM.
iii. Yuran kursus di Majmak Buhuth al-Azhar, Mesir. PENDAFTARAN PENYERTAAN Sila daftar di link berikut:
https://forms.gle/EJFYwEPU7GNrhw4J8
Tarikh tutup penyertaan: 30 Julai 2025. PEMBAYARAN YURAN Semua pembayaran hendaklah dibuat ke akaun berikut:
Bank : Maybank Islamic Berhad
Nama Akaun : Pertubuhan Akademi Fiqh Islami Malaysia
No. Akaun : 555108386450 Resit pembayaran hendaklah diemel ke: afhammalaysia@gmail.com PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
+60133543594 - Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri (Setiausaha AFHAM)
atau di emel:
afhammalaysia@gmail.com

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage