Mengenai Saya / About Me

Mengenai Saya / About Me

Profesor, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Setiausaha, Akademi Fiqh Islami Malaysia (AFHAM).

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.


PROFESOR DR. IRWAN BIN MOHD SUBRI berasal dari Pulau Pinang. Berkelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiyyah dari Universiti al-Azhar (1996), Sarjana Pengajian Islam (Syariah), Universiti Kebangsaan Malaysia (2002) dan Doktor Falsafah (Fiqh & Usul) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2011). Jawatan hakiki beliau sebagai Profesor di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau merupakan antara pakar rujuk bidang fiqh kontemporari, fatwa dan usul fiqh di Malaysia. Selain tugas hakikinya sebagai pensyarah, beliau pernah menjawat jawatan pentadbiran di USIM seperti Ketua Program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang; Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) dan Pengarah, Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), USIM.

Selama tempoh perkhidmatanya, beliau telah menjalankan pelbagai penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang fatwa, fiqh kontemporari dan fiqh halal yang banyak menyumbang kepada keilmuan masyarakat selain pembangunan modal insan khususnya di Malaysia. Beliau juga pernah mewakili Malaysia dalam persidangan Majma‘ al-Fiqh al-Islamiyy al-Dawliyy pada tahun 2019 dan 2022.


Tiada ulasan