Perbezaan Antara Fiqh dan Ifta'


10 Oktober 2026

Perbezaan Antara Fiqh dan Ifta'

 


Antara yang perlu difahami oleh asatizah termasuk Mufti dan AJK Fatwa ialah beza antara fiqh dan ifta'. Fiqh boleh disimpulkan sebagai rumusan atau natijah akhir yang diputuskan oleh mujtahid hasil daripada pemprosesan dalil Syarak yang utama iaitu al-Quran dan Sunnah atau hadis. Ada rumusan fiqh dibuat yang berdasarkan dalil² lain seperti ijmak, qiyas, urif, istihsan, maslahah mursalah dan lain². Khazanah kitab² fiqh turath adalah manifestasi rumusan para fuqaha berkaitan point di atas. Ada rumusan fiqh turath yang relevan diaplikasi pada zaman ini dan ada yang tidak relevan atau tidak sesuai pada zaman ini dan memerlukan rumusan fiqh (ijtihad) yang baru. Inilah yang ditegaskan oleh imam al-Qarafi (kitab al- Furuq) dan imam Ibnu Qayyim (kitab I'lam al- Muwaqqi'in):
ولا تجمد على المسطور في الكتب. والجمود على المنقولات أبدًا ضلال في الدين وجهل بمقاصد علماء المسلمين والسلف الماضيين.
Maksudnya, "Janganlah kamu jumud (kaku) dengan apa yang tertulis dalam kitab sahaja. Sikap jumud dengan yang dinukilkan dalam kitab sahaja selamanya adalah kesesatan dalam agama dan jahil dengan maksud para ulama dan salaf yang silam". Imam Ibnu Farhun (kitab Tabsirat al- Hukkam) juga menyebut perkara yang sama namun beliau menggunakan perkataan الجري pada tempat perkataan الجمود. Di sinilah peranan al-ifta' dalam "menghidupkan" atau "mengkontemporarikan" fiqh. Sesiapa yang mengikuti tadrib ifta' di Darul Ifta' Misriyyah akan biasa dengar empat peringkat dalam pemfatwaan iaitu taswir, takyif, tanzil hukm dan ifta'. Faqih yang ada malakah fiqhiyyah tidak akan kaku (jumud) dengan hukum hakam fiqh dalam kitab² fiqh. Faqih akan meraikan dalil dan proses istinbat hukum terhadap dalil (fiqh al-ahkam). Faqih juga akan meraikan realiti (fiqh al-waqi') dalam tanzil hukum serta ifta' (memberitahu/menyampaikan hukum). Ini juga ditegaskan oleh imam Ibnu Qayyim (kitab I'lam al- Muwaqqi'in). Dalam mengangkat turath fiqh ke persada kontemporari, jangan kita terperangkap dalam kerangka fiqh semata² sehingga terjerumus dalam perkara yang ditahzirkan oleh imam al-Qarafi, imam Ibnu Qayyim dan imam Ibnu Farhun. Kita ingatkan kita memperjuangkan fiqh dan memartabatkannya, namun rupanya kitalah yang menjumudkannya. Kita ingatkan kita yang paling faham fiqh, namun para imam tersebut menyatakan kitalah orang jahil jahil fiqh. Pemartabatan turath fiqh bermaksud menguasai bacaan dan pemahaman kitab turath. Ini perlu dipertahankan dan dilahirkan ramai pelapis. Yang paling penting ialah menjulang turath fiqh dalam maksud meraikan fiqh realiti kontemporari. Ulama atau fuqaha atau AJK Fawa sekaranglah qawl mu'tamad (pendapat yang dipegang/kuat) fiqh kontemporari. Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri Profesor, Fakulti Syariah dan Undang2, USIM Merangkap, Pengerusi, Akademi Fiqh Islami Malaysia (AFHAM) Rujukan
الفروق = أنوار البروق في أنواء الفروق للقرافي.
إعلام الموقعين عن رب العالمين لابن قيم.
تبصرة الحكام في أصول الأقضية ومناهج الأحكام لابن فرحون.
دار الإفتاء المصرية.


Tiada ulasan

Catat Ulasan

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage