Mac 2009


27 Mac 2009

DIMASHQU (7)

Aku gembira sangat kerana hajat yang diidamkan iaitu untuk sambung belajar di Universiti Damascus tercapai. Dengan adanya surat itu, aku panjangkan kepada unit cuti belajar di USIM untuk memulakan urusan dan proses cuti sambung belajar di Syria. Nasib baik pihak USIM dan JPA menerima surat tersebut sebagai offer letter walaupun ia bukanlah surat rasmi.

Aku begitu teruja untuk ke Syria, tetapi ada sedikit perasaan gementar kerana aku tidak pernah pergi ke sana dan ia adalah pengalaman pertama bagiku. Mulanya aku ingat boleh pergi terus dalam bulan Ogos atau September, tapi dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang tempat aku mengajar meminta agar aku menangguhkan dahulu pemergianku ke Syria hinggalah ke bulan Disember setelah tamat semester pengajian. Ini kerana aku perlu menghabiskan silibus pengajian dan jika aku pergi pada bulan Julai, tiada siapa yang menggantikan tempat aku.

Tambahan pula kemasukan ke Universiti Damascus adalah sepanjang tahun dan tiada sistem semester di sana, jadi tidak ada masalah sangat kalau aku pergi lewat sikit. Walaupun aku begitu bersemangat untuk pergi ke Syria, tetapi aku akur dengan permintaan dekan, sebab yang penting ialah aku sudah mendapat tempat untuk sambung belajar. Aku mengutus emel kepada Dr. Tawfiq dan memberitahunya yang aku terpaksa pergi lewat sikit dari jangkaan awal.

Bersambung....

25 Mac 2009

Lagu Baru

Agak lama juga UF tak buat lagu baru, bukan sebab dah pencen cipta lagu tapi tidak ada sebab nak buat. Cuma bila Sekolah KAFA al-Muhajirin Kota Warisan minta tolong UF bimbing kumpulan nasyid untuk masuk pertandingan nasyid KAFA zon Sepang pada 11 april nanti, barulah UF cipta 2 lagu baru. Mula-mula agak pening juga nak mula, tapi bila dah dapat ilham jadi senang, Alhamdulillah.

1 lagu bahasa arab (Selawat) dan 1 lagu melayu. Lagu arab tu ambil masa banyak hari juga untuk siapkan melodi dan liriknya tapi lagu melayu tu dalam setengah jam ja dah siap lirik dan melodi. Selalunya kalau ada dorongan kuat untuk cipta lagu, boleh siap dalam masa singkat. Di bawah ni 2 lagu baru tu:

MELODI JIWA

Aku bukannya, penyair pujangga
Yang pandai bermain dengan kata-kata
Malah umur ku belum pun dewasa
Namun ku punya jiwa
Ingin ku lihat amannya dunia
Tanpa peperangan yang meragut nyawa
Pilu melihat insan tak berdosa
Kejam dibunuh sewenangnya
Di mana kasih sayang, di mana simpati
Nyawa yang melayang, tidak dihargai
Hilang kemanusiaan, lahir kebinatangan
Musnah dunia, angkara durjana
Yang mampu ku laku
Mendendangkan lagu
Lagu kedamaian, dengan penuh impian
Walaupun kata-kata
Tak mampu mengubat duka
Harap ia penawar jiwa yang lara
Ku iringi doa, kembalinya suasana

Aman bahagia, untuk semua manusia


عليك الصلاة والسلام

طَلَعَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا مِنْ ثَنِيَّةِ الْوَدَاعِ
وَجَبَ الشُّكْرُ عَلَيْنَا مَا دَعَا للهِ دَاعٍ
صَلاةُ الله سَلامُ الله عَلَى يَس رَسُوْلِ الله
صَلاةُ الله سَلامُ الله على طَهَ حَبِيْبِ الله
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالٍ أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
صَلاةُ الله سَلامُ الله عَلَى يَس رَسُوْلِ الله
صَلاةُ الله سَلامُ الله على طَهَ حَبِيْبِ الله
تَوَكَّلْنَا بِكَ يَا الله بِكَ رَضِيْنَا إِلَهًا وَرَبًّا
تَشَفَّعْنَا بِرَسُوْلِ الله بِكَ رَضِيْنَا نَبِيًّا وَرَسُوْلاً
عَلَيْكَ صَلَّيْنَا يَا رَسُوْلَ الله
عَلَيْكَ سَلَّمْنَا يَا حَبِيْبَ الله

12 Mac 2009

Artikel Tentang Sekular

Masa era reformasi dulu, UF pernah menulis satu artikel tentang sekular. Tajuknya "Sekular itu... Apa perancangannya" dan UF emelkan ke satu laman reformasi (UF sendiri dah tak ingat laman web apa dan bila). Artikel ini UF petik dan ubahsuai daripada buku "Mauqif al-Islam Min al-Tayyarat Wa al-Mazahib al-Mu'asharah" karangan Prof. Dr. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof. Dr. Hasan Muharram al-Sayyid al-Huwaini, Pensyarah Jabatan Akidah Dan Falsafah, Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar Mesir.

Asalnya buku ini didiskusikan oleh Us. Zulkifli Ismail (ketua dewan ulama PAS Melaka) suatu masa dulu di Mesir dalam satu program diskusi ilmiah yang dihadiri oleh UF. Oleh kerana isi tentang sekular dalam buku ini menarik perhatian, UF pun tulis artikel tersebut. Bila dah lama, UF pun dah lupa tentang artikel ini, tapi satu hari (hujung tahun 2008), UF pergi ke Jabatan Mufti Negeri Sembilan untuk dapatkan bahan untuk tesis Ph.D dan UF ternampak majalah Milenia yang diterbitkan oleh YADIM edisi pertama. Bila membelek dalam majalah tersebut, UF dapati artikel tentang sekular yang UF tulis tu ada disiarkan dalam majalah tersebut.

Malah beberapa laman web turut menyiarkan artikel tersebut. Cuba taip nama UF (Irwan Mohd Subri) dalam yahoo ataupun google, akan jumpa artikel tu disiarkan dalam beberapa laman web dengan tajuk yang dipinda sikit. UF rasa bersyukur pada Allah sebab artikel tu tersebar luas untuk umat Islam membaca dan memahami hakikat sekular. Mudah-mudahan ia termasuk dalam amalan soleh UF seperti mana dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W, (..... Ilmun Yuntafa' bihi.....).

11 Mac 2009

Perjalanan Yang Memenatkan

Hari Ahad lepas (8hb), UF balik Penang sebab bawa budak-budak Instinct buat show kat Masjid Telok Air Tawar (sebelah rumah UF) sempena Majlis Sambutan Mualidur Rasul. Asalnya cadang nak balik tengahari lepas zohor tapi GG (vokalis Instinct) ada hal yang perlu dibereskan, jadi kami hanya bertolak dari KL lebih kurang jam 9.30 malam. Sampai rumah UF kat Penang dah 2.30 pagi dah. Lepas Subuh dah tak boleh tido sampailah time show pukul 12.15.

Dah habis show dan makan tengahari, balik rumah UF dan solat, pastu jam 3 petang dah bertolak balik ke KL. Dari Penang UF drive sampai R & R Sg. Perak ja sebab dah tak tahan mengantuk sangat. UF minta Aqmal sambung drive sampai R & R Ulu Bernam, sempatlah UF lelapkan mata 15 minit. Walaupun sekejap tapi kira mencukupi untuk dapat tenaga balik.

Pastu UF sambung balik drive dan hantar GG dan Aqmal kat Taman Melewati dulu dan UF sampai kat rumah di Kota Warisan lebih kurang jam 10 malam. Perjalanan yang cukup memenatkan!

02 Mac 2009

DIMASHQU (6)

Aku semakin resah menunggu jawapan daripada Dr. Tawfiq dan setiap kali aku mengutus emel kepada beliau bertanyakan hal itu, jawapan yang diberikan masih menghampakan. Aku merayu kepada Dr. Tawfiq agar berbuat sesuatu supaya permohonan aku untuk masuk ke Universiti Damascus diterima. Aku memberitahunya kalau aku tidak diterima, maka peluang aku untuk sambung belajar pada tahun ini (2005) mungkin akan terlepas.

Setelah penat menunggu jawapan permohonan aku itu, akhirnya aku mendapat pengkhabaran gembira daripada Dr. Tawfiq. Khabar yang mengatakan aku telah diterima masuk ke Universiti Damascus. Aku pasti yang Dr. Tawfiq telah banyak membantu aku daripada mula sehinggalah aku diterima masuk. Aku memohon pertolongan Dr. Tawfiq sekali lagi supaya mengirim surat rasmi yang menyatakan aku telah dimasuk ke Universiti Damascus kerana emelnya sebelum ini bukanlah surat hitam putih. Ini kerana urusan permohonan cuti belajar di peringkat Universiti Sains Islam Malaysia tempat aku berkerja dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memerlukan surat tawaran daripada universiti yang dipohon.

Aku hanya mendapat surat (yang discan melalui emel) daripada universiti Damascus sekitar bulan 7 tahun 2005. Surat yang aku dapat itu sebenarnya bukanlah surat tawaran kemasukan yang rasmi, tapi hanya surat akuan dekan Fakulti Syariah, universiti Damascus Prof. Dr. Muhammad Faruq al-Ukkam yang menyatakan bahawa tiada halangan daripada pihaknya untuk menerimaku sebagai pelajar di universiti Damascus.

Bersambung...

Aid Milad

1 Mac 1988 UF memulakan pengajian di sebuah sekolah agama swasta, Ma'hadul Azhar (Institut Tahfiz al-Quran dan Pengajian Islam). Maudir Ma'had ini adalah Us. Yusuf Man dan cetusan ideanya yang bernas telah mengumpul beberapa pelajar (sekolah rendah) yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan untuk menghafal al-Quran dan mempelajari ilmu agama. Salah seorang pelajar yang memulakan pengajian pada hari tersebut ialah UF sendiri bersama lima lagi rakan-rakan UF (seorang dah meninggal kerana lemas).

UF ingin mengucapkan terima kasih kepada Us. Yusuf Man yang banyak memberi inspirasi untuk maju seterusnya berjaya mencapai kedudukan seperti sekarang ini. Walaupun Ma'hadul Azhar telah tiada lagi tetapi UF bila tibanya 1 mac setiap tahun UF akan mengenang sejarah pahit manis ketika bersekolah di situ.

Aid Milad Sa'id untuk Ma'hadul Azhar ke 21!

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage