2010


28 Disember 2010

Dimashqu (22)

Tapi Dr. Tawfiq tidak ada di pejabatnya ketika itu. Kami tidak menunggu lama di situ dan Rosli membawa aku ke medan Mazah pula dengan teksi. Sampai di sana Rosli bertanya jika aku ingin makan apa-apa. Aku mengiyakan dan kami menuju ke sebuah kedai makan di situ. Aku bertanya pula kepada Rosli kalau di Syria ada "Tokmiyyah". Rosli menjawab ada dan di Syria mereka menamakannya "Falafil".

Aku yang sudah lama tidak merasai "Tokmiyyah" semakin terliur bila mengetahui ia ada dijual di kedai itu. Kami memesan dua "Tokmiyyah" dan membayar 10 Lira untuk harganya. Ketika kami hendak mengambil pesanan yang sudah siap, berlaku sedikit insiden pertengkaran.

Puncanya bila taukeh kedai mengatakan kami belum membayar harga makanan. Aku yang sedikit faham hanya diam sebab terkejut dan Rosli yang banyak bertekak dengannya. Dalam hati aku terdetik, rupa-rupanya orang Syria sama saja macam orang Mesir suka bertengkar. Akhirnya taukeh kedai itu pula yang terdiam bila Rosli kata macam mana kami boleh ambil pesanan yang sudah siap kalau tidak bayar dahulu. Sebab sistem di sana bayar dulu baru makan.

Sambil kami makan, Rosli menceritakan yang dia sungguh terkejut dengan insiden tadi. Mengikut beliau amat-amat jarang orang Syria berkelakuan macam tu. Katanya lagi itu kes yang amat terpencil. Aku mengangguk saja sebab baru 2 hari berada di Syria. Jadi aku belum tahu perangai orang Syria yang sebenarnya.

Berbalik kepada "Tokmiyyah" atau "Falafil" yang aku makan, rasanya tidaklah sesedap di Mesir. Semasa aku di Mesir dahulu, boleh dikatakan aku hantu "Tokmiyyah" sebab selalu sangat makan "Tokmiyyah". Hinggakan aku pernah mendapat demam kuning di Mesir akibat makan makanan tu di kedai yang tidak bersih. Cara penyediaan "Falafil" di Syria pun sedikit berbeza dengan di Mesir. Kalau di Mesir mereka menggunakan roti "ish" yang dipotong dua seperti roti pita dan diletakkan "Tokmiyyah" (sejenis kacang semacam kacang soya) yang digoreng dalammya. Pelajar Malaysia di Mesir menggelarkannya "Masalodeh". Di Syria pula mereka menggulung "Tokmiyyah" atau "Falafil" ke dalam roti "ish" seperti Syawarma kemudian setelah siap digulung mereka akan mengapitnya dalam oven kecil hingga kelihatan kempis.

26 Disember 2010

Fiqh Asas (4)

Rukun-Rukun Wuduk

Rukun-rukun wuduk ada 6 perkara:

1) Niat ketika membasuh muka.
2) Membasuh muka.
3) Membasuh kedua tangan hingga kedua siku.
4) Menyapu sebahagian kepala.
5) Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali.
6) Mengikut tertib.

Sunat-Sunat Wuduk

Sunat-sunat wuduk ada 11 perkara:
1) Membaca Bismillah.
2) Membasuh 2 tangan sebelum memasukkannya ke dalam bekas air.
3) Berkumur.
4) Menyedut / memasukkan air ke dalam hidung, kemudian menghembuskannya keluar.
5) Menyapu ke semua bahagian kepala.
6) Menyapu ke dua-dua telinga luar dan dalam dengan air baru.
7) Menyelat janggut yang lebat.
8) Menyelat jari-jari 2 tangan dan 2 kaki.
9) Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.
10) Bersuci 3 kali.
11) Berturut-turut.

(Sumber: Kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” - Abu Shuja’).

21 Disember 2010

Pertanyaan

Ada orang tanya UF perbezaan antara surau dan masjid. UF rasa elok juga kalau kongsi maklumat dengan semua pembaca. Soalannya seperti berikut:

Assalamualiakum ustaz.

Saya ingin bertanya adakah masjid dan surau tidak ada bezanya kerana dalam bahasa arab tak ada surau semuanya disebut masjid. tetapi apa yang saya keliru ialah ada yang mengatakan bahawa kita boleh beriktikaf dan bersolat tahiyyatul masjid di surau. begitu juga perempuan haid haram berada di surau sama di masjid. Sekiranya sama mengapa ada sesetengah surau dinaiktaraf menjadi masjid dan ada yang dipanggil surau jumaat. Mohon penjelasan.

Jawapan UF

Wa Alaikum al-Salam

Saya ada buat kajian (tesis phd) tentang kedudukan surau dan masjid. Surau memang istilah melayu yang takda dalam bahasa arab atau pemahaman orang arab. Kalau ikut Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan, mereka kata surau dan masjid ada beza. Bezanya ialah masjid buat solat jemaah dan jumaat manakala surau buat solat jemaah saja.

Jadi kalau nak iktikaf atau solat sunat tahiyyat masjid hanya boleh buat di masjid saja, manakala di surau tak boleh. Tapi saya tak setuju (ini pendapat saya) sebab surau ka masjid ka itu hanya istilah. Kedudukan surau pada pendapat saya sama dengan masjid tak kiralah surau tu buat solat jemaah saja atau jumaat juga.

Asasnya ialah surau tempat solat jemaah setiap hari dan setiap waktu. Ia tak sama dengan kedudukan musalla iaitu tempat yang hanya sekali sekala digunakan untuk solat, contohnya di padang atau stadium. Yang ni memang tak boleh iktikaf atau solat sunat tahiyyat masjid.

Mengenai wanita haid tak boleh masuk masjid atau surau… memang fahaman masyarakat Islam kita di Malaysia kata haram. Tapi kita kena faham sebab apa haram? sebabnya ditakuti darah haid tu mengotorkan tempat solat (tak kiralah masjid ka suaru ka)… zaman sekarang dah ada tuala wanita yang bole melindungi dari tumpah… jadi pendapat saya… wanita haid yang pakai tuala wanita boleh masuk masjid dan surau walaupun ke ruang solat…. dengan syarat dia dapat pastikan darah tu dijaga daripada tumpah dan mengotorkan tempat solat…. tapi pendapat ini sering diragui oleh kebanyakan orang termasuk ustaz-ustaz sendiri… terpulanglah kepada tuan sama ada nak terima pendapat saya atau tak… cuma jangan jadikan isu ni sebagai bahan untuk berbalah… saya sering mengalah dalam hal ini sebab orang ramai masih terikat dengan fahaman lama…. saya tak menyalahkan mereka….

Tempat solat jumaat selalunya di masjid…. tapi dalam keadaan-keadaan tertentu jabatan agama negeri boleh membenarkan sesetengah surau untuk buat solat jumaat… ajk surau kena buat permohonan kepada jabatan agama untuk mendapat kelulusan solat jumaat di surau… jabatan agama akan menilai permohonan tersebut… antara point yang dibenarkan bagi surau buat jumaat ialah masjid terlalu jauh dan menyukarkan orang pergi ke masjid…. surau yang buat jumaat statusnya bukan “masjid”.. ia tetap sebagai surau…. kalau surau buat jumaat menggunakan nama masjid sedangkan tidak mendapat kelulusan jabatan agama.. lesen buat jumaat tu boleh ditarik balik…. sebab nak buat masjid ada syarat2 lain pulak… antaranya kena ada menara.. kena lebih dari 3-4 ekar dan sebagainya….

kalau ditanya sah tak jumaat yang dibuat di surau… jawapannya sah jika cukup syarat-syarat buat jumaat… antaranya bilangan 40 orang yang baligh (ikut mazhab Syafie) dan dengan keizinan jabatan agama negeri untuk buat jumaat di surau tu disamping syarat-syarat lain…

Sekian jawapan saya yang ringkas…

04 Disember 2010

Pemikiran Lim Kit Siang Tentang Islam Dan Demokrasi: Satu Analisa (3)

Kita perlu melihat realiti. Walaupun PAS inginkan sebuah negara Islam dan menjalankan hukum-hakamnya tetapi PAS perlu melihat bahawa untuk menjalankan sistem pemerintahan yang berasaskan khilafah seperti yang disarankan oleh ulama-ulama silam seperti imam al-Mawardi, Qadhi Abu Ya'la, Ibnu Jamaah dan lain-lain adalah tidak sesuai pada masa sekarang. Imam al-Mawardi sesuai membincangkan sistem khilafah kerana beliau hidup dalam zaman yang berkhalifah, tetapi kita hari ini sudah ketiadaan khilafah Islam (sejak kejatuhan khilafah Islam Usmaniah terakhir tahun 1924M).

Yang ada sekarang hanyalah negara-negara Islam setelah penjajah barat membahagi-bahagikan sempadan negara Islam, maka ulama-ulama Islam perlu memikirkan pendekatan dan kaedah terbaru yang lebih sesuai dengan keadaan semasa yang tidak bercanggah dengan ruh syarak itu sendiri. Apatah lagi Islam hanya menggariskan asas-asas politik dan tidak menentukan secara khusus sebuah sistem pemerintahan kepada umat Islam. Terpulang kepada pemimpin-pemimpin umat Islam untuk menentukan bagaimana corak pemerintahan yang sesuai bagi melaksanakan asas-asas tersebut.

Hal ini telah disuarakan oleh tokoh-tokoh pemikir Islam seperti Rashid Redha, Abd Wahhab Khallaf, Muhammad Yusuf Musa, Dhiya' al-Din al-Rais, Hasan al-Banna, Rauf Syalabi, Kamal Mustafa dan lain-lain yang memberikan pandangan bahawa matlamat umat Islam sekarang ialah menegakkan sebuah sistem pemerintahan yang bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam (keadilan, kebebasan dan sebagainya).

Malaysia sudah terkenal dengan demokrasi berparlimen. Untuk merombak kesemua sistem yang ada agar menjadi satu sistem Islam bukannya kerja mudah. Yang penting ialah menukar dasar utama negara menjadi dasar yang merujuk al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w). Prof. Ahmad Ibrahim pernah berkata bahawa tidak perlu menukar kesemua perlembagaan Malaysia yang sedia ada untuk menjadi islamik, hanya perlu menukar beberapa fasal dalam pelembagaan sahaja.

Pilihanraya itu sendiri boleh dikekalkan sekiranya PAS memerintah secara Islam sebagai "check and balance" kepada kerajaan yang memerintah agar sentiasa mengekalkan pemerintahan yang adil. Sebab itulah pandangan Lim Kit Siang untuk mengekalkan sistem sekular Malaysia (pilihanraya satu sistem sekular) yang berdasarkan nilai-nilai bersama agama di Malaysia tidak perlu dirisaukan oleh orang Islam kerana nilai-nilai demokrasi seperti keadilan, kebebasan, persamaan dan lain-lain memang ada dalam mana-mana agama.

Andaikata untuk menjalankan pemerintahan Islam mendapat tentangan hebat dalam dan luar negara serta keadaan tidak mengizinkan maka PAS boleh berpada dengan nilai-nilai sistem tersebut yang disepakati bersama. Walaupun tidak menggunakan istilah "pemerintahan Islam" tetapi dengan terlaksananya nilai-nilai itu ia sudah memadai. Inilah yang dikatakan oleh al-Ghannouchi iaitu samada menggunakan istilah Islam atau tidak, itu tidak penting selagi mana kandungan Islam itu dapat dihayati dalam realiti masyarakat majmuk sekiranya tidak mampu untuk menjalankan seratus peratus. Dalam kaedah fiqh ada menyebut "Ma La Yudraku Kulluhu, La Yutraku Kulluhu" yang bermaksud "apa yang tidak dapat dicapai kesemuanya, tidak perlu meninggalkan kesemuanya pula".

Penulis berpendapat pandangan Lim Kit Siang tidak menimbulkan kontroversi sekiranya umat Islam memahami maksud tersirat yang terdapat di sebalik pandangannya itu. Namun bagi pendapat penulis sendiri, PAS dan ahli-ahlinya tidak perlu bimbang andainya orang bukan Islam tidak mahukan pemerintahan Islam diadakan di Malaysia dan ia dapat diatasi dengan siri penerangan yang berterusan dan diperhebatkan untuk memahamkan orang bukan Islam tentang konsep pemerintahan Islam.

Manakala Lim Kit Siang, DAP dan orang bukan Islam pula tidak perlu takut andainya pemerintahan secara Islam dilaksanakan di Malaysia kerana Islam menjamin hak-hak mereka dan tidak menindas mereka. Malah mereka bebas untuk memilih undang-undang Islam atau Common Law dalam menyelesaikan sebarang masalah seperti yang berlaku dalam sejarah Islam. Undang-undang Islam tidak dipaksa ke atas orang bukan Islam. Mereka juga perlu menghadiri program-program penerangan yang dianjurkan oleh PAS dan menjauhi dakyah-dakyah jahat BN yang bertujuan untuk menakutkan dan mengelirukan pemahaman orang ramai.

Apapun yang penting seperti kata Lim Kit Siang di akhir ucapannya ialah dialog dan perbincangan antara parti komponen BA perlu dibuat secara berterusan dalam menjelaskan isu ini.

http://www.tranungkite.net/lama/arkib11.htm
SELASA : 19 SEPTEMBER 2000 / 20 JAMADILAKHIR 1421

03 Disember 2010

Pemikiran Lim Kit Siang Tentang Islam Dan Demokrasi: Satu Analisa (2)

Lim Kit Siang telah membawa pandangan seorang penulis Islam iaitu Rashid al-Ghannouchi tentang dakwaan demokrasi yang dianggap sebagai “al-Syirk Billah” (menyekutukan Allah). Rashid al-Ghannouchi berpendapat dalam keadaan umat Islam sudah ketiadaan khilafah Islam, begitu juga hukum atau undang-undang Islam “tidak menghukum”, maka dalam kesempatan yang ada ini umat Islam perlu merebut peluang dengan segala sistem (walaupun ciptaan barat seperti demokrasi) yang ada untuk mendaulatkan Islam.

Pendapat al-Ghannouchi ini hendaklah dilihat secara positif dan perlu mendapat perhatian dari semua pemimpin gerakan Islam. Seorang lagi sarjana Islam Abu al-A’la al-Maududi berkata, “Islam bukan demokrasi dan bukan juga theokrasi fahaman barat tetapi dalam Islam ada unsur-unsur demokrasi dan theokrasi”. Perlu difahami bahawa Islam tidak sama dengan demokrasi kerana ia amat berbeza dengan mafhum Islam sebenarnya, namun unsur-unsur demokrasi seperti keadilan, kebebasan, persamaan dan lain-lain memang wujud dalam sistem politik Islam. Malah dalam pemerintahan Islam memang nilai-nilai ini dititik beratkan tanpa mengira bangsa dan agama untuk mewujudkan keamanan sejagat. Hal ini telah dibuktikan melalui pemerintahan Khulafa’ al-Rashidin. Nilai-nilai inilah yang dikehendaki oleh DAP dan ia sama dengan nilai-nilai Islam yang diperjuangkan oleh PAS samada kita gunakan istilah Islam atau pun tidak.

Perlu diberi perhatian, bagi PAS yang ingin memerintah Malaysia tidak dapat tidak terpaksa menggunakan saluran demokrasi (pilihanraya) untuk mencapai hajatnya kerana ia satu jalan yang selamat. Untuk menggunakan kekerasan adalah tindakan yang tidak tepat. Maka pilihanraya merupakan jalan yang terbaik untuk merealisasikan impiannya. Soal syar’i (boleh menurut Islam) atau tidak pilihanraya ini juga telah dibincangkan oleh ulama Islam masa kini. Secara ringkasnya walaupun sistem pilihanraya ini diperkenalkan oleh barat tetapi sistem ini boleh digunakan untuk menuju ke arah pembentukan sebuah negara Islam selagi mana ia memberi kebaikan (maslahah) dan tidak menggugat Islam. Ini memang dibenarkan dalam syariat Islam. Dalilnya Nabi Muhammad (s.a.w) pernah menerima sistem peperangan orang-orang Parsi yang bukan Islam ketika menentang tentera al-Ahzab dengan menggali parit besar di sekeliling kota Madinah bagi menghalang kemaraan tentera musuh.

Sudah pasti tujuan menyertai pilihanraya adalah untuk menang seterusnya membentuk sebuah kerajaan yang adil dan telus. Dari segi realitinya, PAS agak sukar menubuhkan sebuah kerajaan sendirian tanpa bantuan rakan-rakannya dari BA termasuk DAP (yang mewakili bukan Islam). Apabila pakatan BA sudah terbentuk maka segala ideologi yang berbeza mesti ditolak tepi demi mencari kata sepakat yang tidak menggugat mana-mana parti komponen BA. Sebelum PAS dan DAP menyertai BA, masyarakat Malaysia sudah tahu sikap masing-masing. PAS mahukan sebuah negara Islam. DAP pula dikatakan anti negara Islam, malah menurut pandangan Lim Kit Siang, DAP akan terus mengekalkan pemerintahan sekular Malaysia.

Penulis berharap rakyat Malaysia baik orang Islam ataupun bukan Islam supaya jangan cepat melatah dengan situasi ini. Kita pasti perbincangan mendalam telah dilakukan oleh kedua-dua parti dalam menangani masalah ini. Penulis cuba menghuraikan maksud sebenar pandangan Lim Kit Siang itu. Penulis seorang Islam dan mempelajari bidang agama dalam jurusan syariah. Dalam hati, penulis memang inginkan sebuah negara Islam tertegak di bumi Malaysia ini.

Namun realitinya penduduk Malasyia adalah masyarakat majmuk walaupun orang Islam memegang peratus yang banyak. Impian ini agak sukar dilakukan apatah lagi dakyah songsang (seperti Islam itu ganas dan sebagainya) yang dibuat oleh BN terutamanya Umno untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam. Dalam hal ini PAS dan DAP perlu bertolak ansur tanpa menggadaikan prinsip masing-masing. Mustahil? Tidak sama sekali. PAS dan DAP boleh memerintah Malaysia (sekiranya BA ditakdirkan menang pilihanraya) dan mengekalkan sistem pemerintahan yang sedia ada di Malaysia seperti Parlimen, demokrasi berarlimen dan sebagainya.

Bersambung...

02 Disember 2010

Pemikiran Lim Kit Siang Tentang Islam Dan Demokrasi: Satu Analisa (1)

UF nak post semula 1 artikel yang ditulis semasa era reformasi tahun 2000 dulu. Artikel ini pernah dipublish di beberapa laman web reformasi seperti tranungkite.net. Artikel yang sama pernah diterbitkan dalam satu penerbitan tidak berkala kelolaan Mohd Sayuti Omar (kalau tak salah). Walaupun artikel ini ditulis sepuluh tahun lepas tapi isunya evergreen dan relevan sepanjang zaman.

——————————————————-

Merujuk kepada teks ucapan Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang yang disiarkan oleh HARAKAH (PAS) bil. 1175 bertarikh 17 Jamadil Akhir 1421 bersamaan 15 September 2000 dan ROKET (DAP) no. 004/2000 bertarikh 8 September yang bertajuk “Islam dan Demokrasi” menarik minat penulis untuk membuat analisa tentang pandangan beliau.

Memetik Lim Kit Siang sebagai berkata, “DAP mengambil keputusan untuk bersatu dengan 3 parti pembangkang yang lain (PAS, KeAdilan dan PRM) untuk menubuhkan BA, tujuannya adalah untuk memulihkan keadilan, kebebasan, demokrasi dan pentadbiran baik” menunjukkan keikhlasan DAP dalam kerjasamanya dengan parti-parti alternatif lain untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia dari BN yang semakin korupsi, seterusnya memerintah dengan satu sistem pentadbiran yang lebih telus dan amanah.

Ketika penubuhan BA yang turut dianggotai oleh PAS (mewakili orang Islam) dan DAP (mewakili bukan Islam), ramai di kalangan ahli Pas sendiri yang keliru tentang pakatan itu iaitu mengenai kerjasama “orang Islam” dengan “bukan Islam”. Namun isu ini telahpun dijelaskan oleh ulama-ulama PAS mengenai keharusan orang Islam meminta bantuan atau berpakat dengan orang bukan Islam (termasuk pakatan parti-parti politik seperti PAS dan DAP) selagi mana ia tidak menggugat kedudukan Islam. Keharusan ini berdasarkan prinsip-prinsip “Siyasah Syar’iyyah” yang berpaksikan kaedah “Maslahah Mursalah”.

Lim Kit Siang berkata lagi, “DAP akan berusaha ke saat akhir demi mencapai matlamat keadilan, kebebasan, demokrasi dan pentadbiran baik sementara mempertahan sistem sekular Malaysia yang berdasarkan nilai-nilai bersama dalam agama di Malaysia”. Di sini menunjukkan perjuangan DAP ialah memperjuangkan nilai-nilai demokrasi (seperti keadilan dan kebebasan) disamping mengekalkan pemerintahan sekular Malaysia berdasarkan nilai-nilai baik semua agama sekiranya BA diberi peluang memerintah Malaysia suatu hari nanti.

Maka sekali lagi timbul kegelisahan di kalangan umat Islam terutamanya ahli PAS tentang hasrat DAP ini. Apa tidaknya, perjuangan PAS ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam dan mendaulatkan hukum-hakamnya. Sekali imbas seolah terdapat pertentangan antara dua perjuangan ini (mampukah PAS dan DAP meneruskan pakatannya dalam BA dengan fahaman yang berbeza?), tetapi penulis ingin menyelami pemikiran Lim Kit Siang secara ilmiah dan realiti.

Walaupun demokrasi ciptaan barat berbeza dari sistem syura Islam di mana segala keputusan ijtihad dalam Islam mestilah tidak menyalahi kehendak syarak meskipun ia dipersetujui oleh pendapat majoriti seperti membina kilang arak atau meluluskan lesen judi, ia tetap dianggap menyalahi syarak sekalipun ia diluluskan oleh suara terbanyak (Parlimen contohnya), namun dalam dunia sekarang ini yang boleh dikatakan hampir semua mengamalkan konsep demokrasi, adakah ia dianggap menyeleweng dari Islam?

Bersambung…..

26 November 2010

Hati Juga Perlu Diasah

Awal bulan November lalu, UF pergi ke Indonesia (Jakarta dan Bandung) mengikut rombongan USM bersama isteri. Pertama kali UF sampai di bumi Indonesia dan dapat lihat sendiri kota Jakarta yang “macet”. UF bukan nak cerita pasal lawatan ke sana sebab memang banyak cerita yang nak diceritakan, dari tempatnya, makan minumnya dan macam-macam lagi.

Yang UF nak cerita di sini ialah tentang satu iklan tv Indonesia yang sempat UF tengok. Itulah satu-satunya iklan yang UF tengok dari awal sampai habis. Masa ke sana tu daripada pagi sampailah ke malam asyik berjalan dan shoping ja. Tak sempat sangat nak tengok tv, ye lah bila sampai hotel dah letih dan terus tidur ja.

Berbalik kepada iklan tu, senario dia begini:

Di sebuah kampung, tiba-tiba kelihatan sekelompok lelaki menuju ke satu tempat. Dengan muka yang bengis-bengis belaka, di tangan mereka tergenggam erat parang dan pisau. Kemudian paparan berikutnya, di sudut lain di kampung itu juga kelihatan sekelompok lelaki lain juga dengan parang di tangan mereka.

Waduh.. ini sudah gawat pak!!! UF dah terbayang yang dua kumpulan ini akan bergaduh. Namun bila sampai di satu simpang, 2 kumpulan ini bergabung menjadi 1 kumpulan besar dan menuju ke satu tempat lain pulak. Bila sampai ke tempat yang dituju, mereka semua berhenti dan seorang lelaki (mungkin ketua kumpulan) tersenyum kepada seorang lelaki lain yang berada di tempat itu.

Lelaki wakil kumpulan tu sambil menunjukkan parang yang ada ditangannya, dia berkata: Kiyai! kami sudah bersedia!! Parangnya pun sudah diasah (lebih kurang gitulah dialognya).
Rupa-rupanya kumpulan lelaki muda tu menuju ke masjid untuk membantu melapah binatang korban. Suspen sungguh iklan tu…. Ala-ala Yasmin Ahmad punya iklan…..

Adegan seterusnya:

Kiyai tu tersenyum kembali kepada kumpulan lelaki tersebut dan berkata: Wah!! ini bagus… tapi hatinya juga mau diasah ya!!! Baru ada berkatnya (pun begitulah dialognya lebih kurang).

Hati!!!! Tempat bersarangnya noda dan dosa manusia…. sebab itulah dalam sebuh hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud, “Dalam diri manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah jasad seluruhnya. Jika ia buruk, maka buruklah jasad (perangai dan akhlak) seluruhnya. Itulah hati”.

Hati juga perlu diasah, sama kita mengasah parang dan pisau untuk memotong sesuatu. Hati perlu diasah untuk memotong dan mengikis karat-karat dosa yang kita lakukan.

Moral of the iklan….. jangan asah parang je… hati pun kena asah selalu….. barulah hidayah selalu bertandang… insya Allah….

25 November 2010

Sembelihan Pertama


(Kambing dan lembu pertama yang disembelih UF)

Sudah seminggu hari raya korban berlalu, barulah UF sempat nak tulis posting ni. Pertama kali UF sembelih kambing dan lembu. Walaupun sebelum ni tak pernah pergi kursus sembelihan tapi hari raya korban lepas UF memberanikan diri.

Surau al-Hijrah buat korban 6 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Lembu dan kambing disembelih secara serentak. Maksudnya Us. Radhi sembelih lembu dan Us. Zairul sembelih kambing. Us. Zairul ada tanya kalau-kalau UF nak cuba sembelih kambing juga. UF kata kena tengok dia sembelih dulu.

Jadi Us. Zairul sembelih 2 ekor yag mula dan yang terakhir dia suruh UF sembelih. UF dah tengok cara nak sembelih 2 ekor yang pertama tu. Jadi UF pun sembelihlah yang ketiga. Alhamdulillah walaupun tanpa pengalaman sebelum ni, sembelihan pertama UF akhirnya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Yang paling penting sembelihan tu sah menurut Syarak.

Lepas tu UF pergi tengok Us Radhi sembelih lembu pula. Sudah 3 ekor disembelihnya dan yang ke 4 dia minta UF sembelih. UF minta dia tunjukkan dulu caranya sebab tak pernah sembelih lembu. Bila dah selesai yang ke 4, dia minta UF teruskan dengan lembu yang ke 5. Dengan perasaan berdebar-debar UF laksanakan sembelihan tu.

Alhamdulillah rupanya tidaklah susah sangat sembelih ni sama ada kambing atau lembu. Kena ada perasaan berani dan sanggup mencuba. UF berdoa mudah-mudahan Allah menerima sembelihan pertama UF ini. Darah lembu yang terpancut ke tangan UF masa sembelih tu juga diharapkan menjadi saksi di hadapan Allah bahawa itu antara amalan saleh UF di dunia, Amin!!

12 November 2010

Fiqh Asas (3)

Penyucian Kulit Binatang

Kulit-kulit binatang menjadi suci dengan disamak kecuali kulit anjing dan babi dan apa yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satu daripada keduanya. Manakala tulang dan bulu binatang adalah najis kecuali tulang dan bulu manusia.

Penggunaan Bekas

Penggunaan bekas-bekas emas dan perak adalah haram. Manakala bekas-bekas yang selain daripada keduanya boleh digunakan.

Bersugi

Bersugi itu amat dituntut pada setiap keadaan kecuali selepas tergelincir matahari (masuknya waktu zohor) bagi orang yang berpuasa. Ia amat dituntut pada 3 keadaan:

1) Ketika berubah bau mulut akibat diam atau tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama. Begitu juga ketika memakan makanan yang berbau.
2) Ketika bangun daripada tidur.
3) Ketika hendak mendirikan sembahyang.

(Sumber: Kitab "Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib" - Abu Shuja').

01 November 2010

Buku Terbaru!!!

Ini adalah buku terbaru yang UF dan kawan-kawan sepensyarah hasilkan. Baru siap dan sampai ke USIM 1 November 2010. UF target agar buku ni dapat siap sebelum Seminar Syariah dan Undang-Undang (SYUK) 2010 yang akan berlangsung 2-3 November 2010. Bolehlah promosi dan jual masa seminar berlangsung.

Buku ini mengandungi enam bab yang terdiri daripada tajuk-tajuk berikut:
- Konsep Pelaburan Wang Zakat Dan Kepentingannya.
- Pandangan Al-Quran Terhadap Pelaburan Dan Kaitannya Dengan Wang Zakat.
- Pandangan Hadis Terhadap Pelaburan Dan Kaitannya Dengan Wang Zakat.
- Hukum Pelaburan Wang Zakat.
- Garis Panduan Pelaburan Wang Zakat.
- Keuntungan Dan Kerugian Dalam Pelaburan Wang Zakat.

Sinopsis Buku:

Buku ini memfokuskan perbincangan tentang pelaburan wang zakat menurut perspektif fiqh dari segi konsep, bentuk dan hukumnya. Ia turut membincangkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW secara langsung atau tidak yang berkaitan isu pelaburan serta kepentingannya daripada perspektif Islam. Tafsiran-tafsiran para ulama terhadap ayat dan hadis tersebut dikaitkan pula dengan pelaburan yang melibatkan wang zakat. Buku ini juga membincangkan garis panduan dan syarat secara terperinci yang perlu diikuti oleh pusat-pusat zakat sekiranya ingin melaburkan wang zakat. Turut disentuh ialah perbincangan mengenai isu keuntungan dan kerugian sekiranya wang zakat dilaburkan. Buku ini boleh menjadi panduan kepada pusat-pusat zakat terutamanya di Malaysia dalam pelaburan wang zakat, seterusnya mempertingkatkan sistem pengurusan zakat di negara ini. Ia juga diharapkan dapat memberi gambaran kepada masyarakat awam tentang konsep pelaburan wang zakat. Kefahaman ini penting agar tidak berlaku salah faham terhadap baitulmal ataupun pusat zakat dalam merancang dan mengagihkan zakat secara telus, amanah dan adil“.

31 Oktober 2010

Dimashqu (21)

Pagi Sabtu tu aku dah berjanji dengan Rosli untuk pergi ke Universiti Damascus. Aku minta tolong dia untuk tunjukkan jalan dan bagaimana hendak ke sana. Ye lah, aku baru sampai di Syria, jadi tak tahu langsung jalan-jalan di sana. Aku menunggu kedatangan Rosli dan bila dia sampai di rumahku, kami pun bergerak ke destinasi.

Daripada "Sina'ah" iaitu kawasan rumah yang aku tinggal kami menaiki "Service" (van yang menjadi pengangkutan awam utama di Syria). Agak lama juga kami menunggu sebab Service selalunya penuh dan bila ada Service kosong barulah dapat naik. Tambang hanya 5 Lira ke mana saja dan menaiki Service sebagai pengangkutan awam tidaklah pelik sangat bagiku. Masa aku di Mesir dulu pun van antara pengangkutan awam utama juga di sana.

Menyusuri jalan-jalan dari kawasan Sina'ah menuju ke Universiti Damascus, aku dapat melihat suasana sebenar ibu negara Syria itu. Bangunan-bangunan apartment (Shaqqah) lebih kurang macam di Mesir yang berwarna coklat. Sebenarnya jarak ke Unversiti Damascus tidaklah jauh sangat, aku rasa lebih kurang 20km saja. Tapi perjalanan menjadi lama sebab kesesakan lalu lintas yang teruk.

Setelah beberapa ketika dalam Service, kami pun sampai di Universiti Damascus. Ya, akhirnya aku sampai juga dan menjejakkan kaki di Universiti idamanku. Bangunannya pun sama saja macam Universiti al-Azhar di Mesir. Bangunan coklat yang usang menempatkan Fakulti Syariah dan Fakulti Undang-Undang. Sebenarnya fakulti-fakulti Universiti Damascus tidak terletak di satu tempat saja, tapi berselerak di serata bandar Damascus.

Fakulti Syariah tempat yang akan aku belajar terletak di sebelah hentian teksi dan bas utama. Hentian teksi dan bas ini menjadi penghubung dari dan ke bandar-bandar lain. Malah bas dan teksi untuk ke Amman, Jordan atau Beirut, Lubnan pun terletak di situ.

Rosli membawa aku masuk ke dalam bangunan Fakulti Syariah untuk menunjukkan di mana pejabat fakulti, bilik pensyarah dan juga bilik kuliah. Aku semakin teruja untuk mendaftarkan diri dan memulakan pengajianku di peringkat Ph.D di situ.

28 Oktober 2010

Viva vs Seminar

UF tak sempat nak cerita pasal viva 19 Okt lepas. Sebabnya sekarang ni tengah sibuk bersiap untuk Seminar Syariah dan Undang-Undang Peringkat Kebangsaan (SYUK) 2010. Seminar anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM akan diadakan pada 2-3 Novermber 2010. UF jadi AJK kertas kerja, jadi maklum sajalah ada 56 kertas kerja nak diedit sebelum dihantar untuk fotostat.

Cadangan asal nak buat prosiding tapi dah last minute camni mana nak sempat. UF paling benci jenis seminar yang kalut dan last minute. Ingat dalam 2 bulan boleh ke nak anjur seminar dengan berjaya. Memanglah seminar tetap akan berjalan tapi AJK-AJK yang terlibat la yang akan tension. Nak sedap dan bekerja dengan tenang, seminar perlu plan setahun, paling kurang pun 6 bulan barulah smooth. UF cakap base on pengalaman dan lihat seminar-seminar anjuran orang lain.

Ini tidak, nak buat seminar dalam masa 2 bulan. Dahla kat USIM ni semua pakat tension dan "gila" pasal OBE. Macam UF sendiri tersepit antara nak edit tesis yang perlu dibuat lepas viva dan nak edit kertas kerja yang bertimbun tu. Pembentang-pembentang pun satu hal, tolonglah ikut arahan penyediaan kertas kerja oleh pihak penganjur. Yang teruknya UF la sebab paper dapat last minute, lepas tu tengok beraneka ragam style penulisan. Aduhhh!!!

Sibuk macam mana pun UF tetap bagi hak untuk edit tesis Ph.D. Yang ni paling awla untuk diberi perhatian. Viva UF haritu dalam sejam setengah. Pemeriksa dalaman ialah Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi (UIA) dan luaran ialah Prof. Madya Datin Dr. Naemah Abd Rahman (UM). Kedua-duanya UF kenal dan kedua-duanya kenal UF. Tapi itu tidak menghalang mereka berdua (campur dengan dekan IRKHS Dr. Badri Najib dan tim. dekan CPS Dr. Nasr al-Din) untuk me"munaqasyah"kan tesis UF.

Emmmm... selama ni dok perasan yang tesis UF ni dah sempurna dan bagus, tapi rupanya syok sendiri ja. Masa viva tu terserlahlah segala kekurangan dan kelemahan UF. UF tak rasa kecil hati pun sebab bagi UF itu adalah pengalaman berguna untuk masa depan. Segala teguran masa viva tu berguna ketika nak menulis artikel jurnal, buku atau tesis (emmm dok bercita-cita nak buat 2nd Ph.D lak ni).

Kira UF ini sedar di penghujung jalan. Kot mana pun terima kasih kepada lajnah munaqasyah hari tu atas semua teguran, kritikan dan komen. So sekarang ni tengah pulun edit mana yang patut. Masa diberikan maksimum 6 bulan dan tiada had minimum. Maknanya kalau boleh submit esok pun boleh. Tapi UF perlu perhalusi edit tesis tu, taknaklah nanti depa kata buat cincai lak.

Ohhhh "Dr." terasa semakin dekat untuk ku gapai.......insya Allah....

18 Oktober 2010

Catatan 18 Oktober

Allahu Akbar!!! Esok UF akan menghadapi viva tesis Ph.D. Dalam ketenagan diri, ada gelisah, dalam gelisah ada tenang. Kepada Allah jualah segala pengharapan agar dapat menghadapinya dengan sebaik mungkin.

Hari Sabtu dan Ahad, UF tak keluar rumah, kononnya nak mentelaah tesis yang setebal 360 muka tu. Baca tu memang baca, tapi cabarannya banyak. Mengantuk la, malas la dan macam-macam lagi. Banyak program penduduk UF tak hadir sebab tak mau ganggu fikiran dengan perkara-perkara lain.

Sabtu, lepas Isyak masa UF tengak dok baca tesis, ada orang taman datang rumah mengadu anaknya hilang. Pulak dah, UF sebagai pengerusi penduduk taman kenalah bantu dan bertindak. UF pun call 4-5 orang orang-orang taman untuk bantu cari. Manalah nak tahu jatuh dalam longkang belakang rumah ka apa ka.

Sedang kami bersiap-siap nak cari, selamba je anak dia keluar dari rumah jiran selang sebuah rumah. Rupanya anak dia dari petang pukul 6 sampai pukul 9 malam dok ada kat rumah kawan dia main game. Haru betul budak darjah 3 tu. Dalam hati UF dari awal lagi UF dah rasa mesti pi rumah kawan dia tak bagitau kat mak ayah dia ni. Cuma tak tahu rumah kawan yang mana satu. Sebelum ni kat taman lama di Nilai pun pernah berlaku macam ni.

Dah tak jadi cari budak tu, kalau nak ikut hati nak juga UF bersembang dengan orang-orang taman. ye lah nak lepas tension kata orang. Tapi dok ingat tesis yang tak habih baca lagi, UF berjaya mengalahkan nafsu bersembang (Alhamdulillah).

Hari Ahad, kononnya nak tambah gear membaca tapi kepala pulak dok buat pening. Gamaknya banyak banyak baca kot hehehe… Sampai ke petang kepala dok pusing ja… bila baca tesis, mata jadi kembang semacam… Dah 2 hari UF tak keluar rumah tengok matahari… jadi petang lepas Asar UF ajak anak pi taman permainan kat Nilai. Saja pergi jauh sikit makan angin….

INSTINCT

Setelah menunggu begitu lama, akhirnya Alhamdulillah album ke 2 Instinct masuk juga ke radio IKIM.FM. Album Instinct ke 2 ni juga mengandungi lagu ciptaan UF. Lagu bertajuk “Iftitah” menjadi tema album terbaru kali ini. Ia adalah terjemahan doa iftitah yang selalu kita baca dalam solat.

Ada 5 lagu semuanya, 1 lagu iaitu “Resah” dimasukkan kembali kerana lagu ini diminati ramai peminat Instint. 4 lagi lagu semuanya sedap-sedap didengar (cewahh puji kumpulan sendiri). Kepada peminat Instinct, tunggulah lagu-lagu tu akan berkumandang di corong IKIM.FM. Kalau lagu-lagu tu dah masuk carta jangan lupa undi ya…

Untuk dengar prebiu lagu-lagu tersebut dan membelinya secara online anda boleh klik logo di bawah:

15 Oktober 2010

Fiqh Asas (2)

Pembahagian Air

Air terbahagi kepada 4 bahagian:

1) Air mutlak: iaitu air yang suci lagi menyucikan serta tidak makruh digunakan. Air ini boleh digunakan untuk wuduk atau mandi wajib.

2) Air panas (mushammas) disebabkan cuaca: iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan. Air ini boleh digunakan untuk wuduk atau mandi wajib tetapi hukumnya makruh kerana boleh memudaratkan.

3) Air yang telah digunakan untuk wuduk atau mandi wajib (musta'mal): iaitu air suci tetapi tidak menyucikan. Begitu juga air yang berubah: iaitu air yang berubah bila bercampur dengan benda-benda yang suci. Kedua-dua air ini tidak boleh digunakan untuk berwuduk atau mandi wajib.

4) Air yang bernajis: iaitu air yang jatuh dalamnya najis dan ia tidak sampai (cukup) 2 kolah. Begitu juga air yang cukup 2 kolah tetapi ia berubah bila terjatuh najis dalamnya dianggap najis. 2 kolah itu bersamaan dengan lebih kurang 190 liter isi padu air. Air najis ini tidak boleh digunakan untuk berwuduk atau mandi wajib.

(Sumber: Kitab "Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib" - Abu Shuja').

13 Oktober 2010

Penyelidikan Baru

Alhamdulillah, dalam kekalutan dan kesibukan nak viva dan tugasan-tugasan yang lain, UF dan rakan-rakan pensyarah yang lain sempat menyiapkan satu penyelidikan. Penyelidikan yang bertajuk “Kefahaman Masyarakat Muslim Tentang Zakat Harta Dan Faktor-Faktor Yang Mendorong Mereka Menunaikannya: Kajian Di Negeri Selangor” dibiayai oleh Lembaga Zakat Selangor.

Sebenarnya penyelidikan ni ada serampang dua mata. 1 nak bantu pensyarah baru untuk confirm jawatan dan ke 2 ialah untuk bantu UF juga untuk persediaan naik pangkat. Sekarang ni dok pulun apa yang patut untuk mencukupkan syarat bagi permohonan PM (Prof. Madya). Itulah kerja pensyarah, menulis artikel/buku, buat research dan lain-lain tak henti-henti. Di samping menyumbang kepada pengembangan agama dan kepentingan negara, tujuan lain ialah untuk naik pangkat.

Daripada tutor ke pensyarah, daripada pensyarah ke pensyarah kanan. Seterusnya ke Prof. Madya, naik lagi ke Profesor. Kalau rezeki baik dapatlah jadi dekan atau tim. naib canselor. Kalau lagi rezeki baik dapatlah jadi naib canselor. Tapi tu semua bukan semua orang dapat, hanya orang terpilihd an bernasib baik ja yang dapat.

UF tak kisah sangat jawatan pentadbiran tu semua, dapat atau tidak. Tapi kalau dapat jadi Menteri Pengajian Tinggi, apa salahnya kan?

08 Oktober 2010

Viva




Dah setahun lebih UF tunggu untuk dapat viva. Walaunpun dah ada honda dengan kelisa, tapi keinginan untuk viva tak pernah padam. Boleh dikatakan tiada berlalu sehari pun tanpa UF tak teringat pada viva.

Isnin lepas bila dapat panggilan yang UF akan dapat viva 19 Okt ni, hati ini melonjak keriangan. Akhirnya hajat dihati terlaksana jua. Itulah saat yang ditunggu-tunggu oleh UF.

Ya!!! akhirnya UF akan viva tesis Ph.D!!!

Rasa nak marah pun ada kat UIA ni. Bayang tengoklah UF dah notis penyerahan tesis bulan 9 tahun lepas (2009). Notis 3 bulan iaitu UF akan submit tesis bulan 12. Sepatutnya dalam tempoh tu UIA dah kena cari second reader untuk tesis UF. Tapi kenapa bila UF submit full tesis bulan 12 tu, baru terhegeh-hegeh nak cari.

Alasan Jabatan Fiqh dan Usul, yang calon-calon second reader tak bagi resume tak boleh diterima. Sebabnya UF dah notis dah berkurun (lama daaa). Wal hasilnya bulan 5 2010 baru tesis UF diserahkan kepada second reader. Bagi UF perkara ni tak sepatutnya berlaku kalau semua pihak di UIA tu lebih prihatin. Bukan kata tak ada sistem dan peraturan. Benda tu semua dah ada, cuma orang tak mau ikut. Pihak pengurusan tertinggi UIA kena prihatin perkara ni sebab dalam hal UF ni memang satu PENGANIYAAN.

Jangan marah UF kalau kata begitu. Kelewatan ni sebenarnya berkait dengan banyak perkara. Dari segi naik pangkatnya, dari segi moralnya dan macam-macam lagilah. Kalau UIA tak berubah, UF cadang baik tak payah offer pengajian kepada pelajar. Buat menganiya pelajar ja… tukar jadi kilang buat burger lagi bagus.

26 September 2010

Konvokesyen USIM Kelapan

Terasa penat dan letih sebab baru habis konvo USIM 24-25 Sep 2010 lepas. Letihnya sebab sejak khamis lagi dah terlibat dengan rehearsal dan konvonya pulak ada tiga sesi sampailah hari Sabtu. Sesi pertama pagi Jumaat ialah konvo khas yang menganugerahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Doktor Falsafah Kehormat dalam ekonomi dan pentadbiran muamalat.

Hari Sabtu ada dua sesi pagi dan petang yang melibatkan lebih kurang 900 orang graduan termasuk peringkat siswazah. Sesi pagi menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Tan Sri Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Husin, Mantan NC pertama USIM. Sesi petang pula menganugerahkan Doktor Falsafah Kehormat dalam Quran dan Sunnah kepada Prof. Dr. Raghib Zaghlol al-Najjar, pakar Geologi daripada Mesir yang menulis tafsir tentang "al-Ayat al-Kawniyyah".

Konvo USIM kelapan ini, UF telah diamanahkan sebagai penyelaras juruacara majlis (MC) merangkap MC sekali. Sejak konvo USIM pertama lagi UF dah jadi MC konvo. Ingatkan bila habis sambung belajar dah pencen jadi MC. Rupanya masih kena lagi jadi MC, mungkin atas dasar pengalaman (cewahhh).

MC konvo di USIM mungkin unik sikit berbanding universiti lain. Pengumuman konvo USIM ada 3 bahasa, iaitu bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Untuk tiga sesi tahun ini, seramai 15 orang MC terlibat. Sesi khas 3 MC, sesi pagi 6 MC dan sesi petang 6 MC. Kesemua MC majlis konvo terdiri daripada kakitangan akademik USIM.

Kenapa ramai sangat? Masa konvo pertama tahun 2003, asalnya 3 orang MC yang utama dan 2 lagi back up. Bila bincang-bincang sesama MC dan pengurusan USIM, apa salahnya bagi peluang juga kepada MC back up untuk buat pengumuman. Sejak daripada itulah setiap sesi akan ada dua set MC yang terdiri daripada 6 orang. Senang cerita kalau ada lebih kurang 40 pengumuman masa majlis konvo tu, maka akan dibahagi kepada 2. MC set pertama ambil separuh dan MC set kedua ambil separuh yang berikutnya.

Untuk konvo kali ini ada beberapa orang MC yang baru pertama kali menjadi MC konvo. Bagi mereka, perasaan bimbang dan ketar memang ada. Tapi UF dan rakan-rakan pensyarah lain yang dah biasa jadi MC ni memang bagi semangat kepada mereka. Alhamdulillah sepanjang majlis USIM kelapan berlangsung, semuanya berjalan lancar termasuklah MC.

UF ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua rakan-rakan MC yang telah berjaya memberikan komitmen dan kerjasama yang baik. UF memang pujilah MC konvo USIM yang mempunyai suara komersial. Nampak gayanya kita akan jadi MC konvo kat USIM ni sampai pencen laaaa... heheh

"Perarakan Canselor masuk ke dewan. Majlis mohon berdiri"..... begitulah salah satu skrip MC.

07 September 2010

Fiqh Asas (1)

Jenis-Jenis Air

Air yang boleh bersuci dengannya ada 7 jenis:

1) Air hujan.
2) Air laut.
3) Air sungai.
4) Air perigi.
5) Air mata air.
6) Air salji.
7) Air embun.

Pembahagian Air

Air terbahagi kepada 4 bahagian:

1) Air mutlak: iaitu air yang suci lagi menyucikan serta tidak makruh digunakan. Air ini boleh digunakan untuk wuduk atau mandi wajib.

2) Air panas (musyammas) disebabkan cuaca: iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan. Air ini boleh digunakan untuk wuduk atau mandi wajib tetapi hukumnya makruh kerana boleh memudaratkan.

3) Air yang telah digunakan untuk wuduk atau mandi wajib (musta’mal): iaitu air suci tetapi tidak menyucikan. Begitu juga air yang berubah: iaitu air yang berubah bila bercampur dengan benda-benda yang suci. Kedua-dua air ini tidak boleh digunakan untuk berwuduk atau mandi wajib.

4) Air yang bernajis: iaitu air yang jatuh dalamnya najis dan ia tidak sampai (cukup) 2 kolah. Begitu juga air yang cukup 2 kolah tetapi ia berubah bila terjatuh najis dalamnya dianggap najis. 2 kolah itu bersamaan dengan lebih kurang 190 liter isi padu air. Air najis ini tidak boleh digunakan untuk berwuduk atau mandi wajib.

(Sumber: Kitab "Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib" - Abu Shuja').

01 September 2010

Dah Seribu...

Blog www.usulifaqih.com bulan lepas (Ogos) mencipta rekod tersendiri bila bilangan pengunjungnya melebihi 1000 orang atau dengan lebih tepat 1089 pengunjung. Sekarang purata pengunjung sehari lebih kurang 40 orang dan yang banyak datangnya daripada blog www.drhasanah.com. Jika sebelum ini purata pengunjung hanya 15-20 orang sahaja sehari.

Mungkin ada yang tergelak bila UF bangga dengan pengunjung yang “baru” 1000 orang lebih. Kalau nak dibandingkan dengan sesetengah blog yang glamour dan hebat, bilangan 1000 tu tak ada apa sangat. Namun UF tetap bersyukur dengan ilmu yang tak seberapa, blog usulifaqih.com ini tetap dilawati oleh pengunjung. Alhamdulillah….

Kepada pengunjung setia blog tersebut, suka dimaklumkan yang UF akan terbitkan sebuah lagi e-book ilmiah terbaru selepas raya nanti. Jadi tunggu akan kemunculannya…

UF juga Insya Allah akan menulis secara berkala mengenai “Hukum Fiqh Asas Dalam Mazhab Syafi’i”. Ia sebenarnya terjemahan daripada kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” karangan Imam Abu Shuja’. Namun perlu diingatkan bahawa ia hanya tentang hukum hakam yang asas dan sebarang kemusykilan perlulah berguru dan bertanyakan dengan lebih lanjut kepada mana-mana ustaz atau ustazah.

24 Ogos 2010

Bukan Setakat Lim Guan Eng Ja....

Hebat Lim Guan Eng ni sampai ada khatib sebut dan doakan dia dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang. Kenapa Lim Guan Eng? bukannya Chua Soi Lek presiden MCA? Begitulah kepoh dan kecohnya isu ni sejak minggu lepas.

Kita tengok dulu rukun-rukun khutbah Jumaat. Dalam kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umayrah (bab Solat Jumaat) mazhab Syafi'i, rukun khutbah Jumaat ada lima:
1. Bertahmid kepada Allah (Alhamdulillah).
2. Selawat ke atas nabi.
3. Berwasiat (pesan) tentang taqwa.
4. Membaca ayat al-Quran.
5. Berdoa kepada orang mu'min.

Rukun 1-3 adalah wajib dalam kedua-dua khutbah, manakala rukun 4-5 boleh dilakukan di salah satu khutbah sama ada yang pertama atau yang kedua.

Isu mendoakan kepada raja atau sultan dalam khutbah Jumaat adalah seperti berikut. UF sebutkan nas teks arab daripada kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umayrah (bab Solat Jumaat):

أَأَمَّا الدُّعَاءُ لِلسُّلْطَانِ بِخُصُوصِهِ فَفِي الْمُهَذَّبِ لا يُسْتَحَبُّ لِمَا رُوِيَ عَنْ عَطَاءٍ أَنَّهُ مُحْدَثٌ
وَفِي شَرْحِهِ اتَّفَقَ أَصْحَابُنَا عَلَى أَنَّهُ لا كَرْه وَلا يُسْتَحَبُّ، وَالْمُخْتَارُ أَنَّهُ لا بَأْسَ بِهِ إذَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ مُجَازَفَةٌ فِي وَصْفِهِ وَنَحْوِهَا وَيُسْتَحَبُّ بِالاتِّفَاقِ الدُّعَاءُ لأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَوُلاةِ أُمُورِهِمْ بِالصَّلاحِ وَالإِعَانَةِ عَلَى الْحَقِّ وَالْقِيَامِ بِالْعَدْلِ وَنَحْوِ ذَلِكَ، وَلِجُيُوشِ الإِسْلامِ
.
Terjemahannya, "Adapun mendoakan kepada sultan dengan khusus, maka dalam kitab al-Muhazzab ia tidak disunatkan kerana diriwayatkan daripada Ata' bahawa ia perkara yang baru dicipta (dibuat). Dalam Syarah al-Muhazzab pula, ulama mazhab Syafi'i bersepakat bahawa ia (mendoakan sultan) tidak makruh dan tidak pula disunatkan. Namun pendapat yang terpilih ialah tidak mengapa mendoakan sultan sekiranya tidak melampau dalam berdoa dan seumpamanya. Sunat secara sepakat ulama mendoakan kepada pemimpin umat Islam dengan kebaikan, agar membantu kebenaran, melaksanakan keadilan dan seumpamanya. Begitu juga sunat mendoakan kepada tentera-tentera Islam".

Amalan khutbah di Malaysia ialah mendoakan kepada Yang Di Pertuan Agong, sultan, kaum kerabat dan pemimpin umat Islam. Tapi bila nama Lim Guan Eng yang disebut dan didoakan kepadanya oleh seorang khatib Us Zakaria Ahmad di beberapa masjid Pulau Pinang, ia menimbulkan kekecohan. Apatah lagi nama Yang Di Pertuan Agong (ketua Islam di Pulau Pinang) tidak disebut secara khusus.

Us. Zakaria Ahmad menjelaskan isu ni dalam akhbar Utusan Malaysia (bukan Harakah) pada 23 Ogos 2010. Beliau mengaku yang beliau menyebut nama Lim Guan Eng dan beliau mendoakan agar Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerima hidayah supaya memeluk Islam. Manakala beliau hanya mendoakan secara umum kepada pemimpin umat Islam dan tidak menyebut secara khusus nama yang Di Pertuan Agong.

Kalau ikut hukum fiqh, jika cukup rukun-rukun khutbah yang disebutkan sebelum ini, maka khutbah Us. Zakaria Ahmad itu adalah sah. Cuma dia melanggar etika pembaca khutbah di Malaysia yang digariskan olah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang iaitu tidak menyebut nama Yang Di Pertuan Agong secara khusus.

Menyebut nama atau berdoa untuk orang bukan Islam dalam khutbah Jumaat tidak salah. Cuba lihat teks kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umayrah di atas, "tidak mengapa mendoakan sultan sekiranya tidak melampau dalam berdoa". Maksud tidak melampau ialah sekiranya seseorang pemimpin itu memang terkenal dengan kezaliman, lalu khatib memuji-muji dan mendoakan dialah pemimpin yang baik, adil dan sebagainya. Perbuatan ini adalah haram kerana meredai perbuatannya yangz alim ataupun kerana ingin "jek" pemimpin tersebut. Namun kalau khatib mendoakan agar Allah beri hidayah kepada pemimpin yang zalim itu supaya dia insaf, maka tidak mengapa.

Us. Zakaria Ahmad sudahpun menjelaskan yang beliau berdoa agar Allah bukakan pintu hati Lim Guan Eng untuk menerima Islam dalam khutbahnya. Adakah itu salah? Kalau UF jadi khatib, bukan setakat nama Lim Guan Eng ja, bahkan UF akan sebut nama Tiger Wood, Arnold Schwarzenegger, Madonna, Karpal Singh, Chua Soi Lek agar Allah berikan hidayah Islam kepada mereka. Ini kerana mereka ada pengikut yang ramai, kalaulah mereka masuk Islam, Insya Allah kalau tak ramai pun, sedikit daripada pengikut mereka ini juga akan masuk Islam. Inilah strategi yang Rasulullah S.A.W buat bila menyampaikan dakwah. Baginda target pemimpin-pemimpin kabilah yang mana kalau pemimpin ini menerima Islam, maka mudahlah rakyatnya juga menerima Islam.

Wallahu A'lam Bi al-Sawab.

18 Ogos 2010

Main Bola Tak Payah Puasa?

BERLIN 6 Ogos - Pemain bola sepak profesional muslim mungkin boleh makan seperti biasa menjelang bulan Ramadan bermula Rabu depan berikutan satu kata sepakat telah dilakukan di antara para pemimpin Islam dan pegawai sukan Jerman. Dewan Pusat Muslim di Jerman telah membuat perbincangan bersama badan bola sepak profesional negara itu dan meminta nasihat dari ulama Islam bagi menyelesaikan pertikaian terhadap pemain yang berpuasa.

Universiti Al-Azhar di Kaherah membuat kesimpulan bahawa pengecualian dari berpuasa di bulan Ramadan boleh dilakukan oleh pemain profesional. Pihak berkuasa terkemuka di Sunni Islam, Al- Azhar menulis, “kontrak di antara pemain dan pasukan memerlukan pemain memberikan persembahan terbaik dan jika ini adalah satu-satu sumber pendapatan mereka, yang memaksa bermain ketika puasa, mereka dibenarkan untuk makan.” - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online.

--------------------------------

Masa UF di Mesir dulu, heboh bila mufti Mesir Dr. Nasr Farid keluarkan pendapat, pemain bola yang mewakili negara (Mesir) di luar negara pada bulan Ramadan dibolehkan untuk berbuka. Pendapat beliau mendapat kecaman daripada pelbagai pihak. UF sendiri hairan bila mufti Mesir mengeluarkan pendapat macam tu. Kalau tidak silap hujah yang digunakan ialah pemain-pemain tu mewakili negara dan berjuang menaikkan nama negara.

Bagi UF hujah tu memang kabur kerana illat itu tidak mundabitah. Menurut perbahasan Usul Fiqh, antara illat atau sebab dirukhsahkan (dibolehkan) berbuka puasa ketika Ramadan ialah sakit atau musafir. Ia dianggap uzur Syarie namun perlu mengqada semula puasa yang ditinggalkan itu.


Bagi UF kalau pemain bola Mesir bermain dalam sesuatu kejohanan di luar negara, sepatutnya illat yang digunakan ialah musafir. Dalam erti kata lain pemain bola Mesir boleh untuk tidak berpuasa kerana mereka sedang bermusafir. Musafir ialah rukhsah yang dijamin oleh Syariat. Perkara ini boleh dilihat dalam perbincangan "azimah" (hukum asal) dan "rukhsah" (hukum yang diringankan) dalam ilmu Usul Fiqh. Tidak timbul isu mencabar hukum berpuasa yang qat'ie. Cuma janganlah makan atau minum secara terang-terangan ketika permainan. Ia boleh menimbulkan fitnah, apatah lagi Mesir selalu menayangkan perlawanan secara langsung yang melibatkan pasukan negaranya.

Kalau dikatakan kenapa perlunya bermain bola di bulan Ramadan dan tidakkah ia perkara lagha. Jawapannya sesuatu kejohanan bola sepak terutama di negara bukan Islam tidak mengambil berat pun isu puasa atau tidak. Malah di Mesir sendiri, liga bola sepaknya berjalan seperti biasa di bulan Ramadan. Sepanjang UF menonton perlawanan bola di tv Mesir dalam bulan Ramadan, tidak perasan pula ada pemain bola yang minum ketika permainan.

Di Malaysia, liga bola sepak memang dihentikan pada bulan Ramadan. Takpelah sebab kita yang menganjurkannya dan FAM diterajui oleh mereka yang beragam Islam. Namun kalau terlibat dengan kejohanan yang dianjurkan oleh orang bukan Islam kita terpaksa mengikut jadual yang ditetapkan.

Mengenai isu lagha bermain bola masih boleh dibahaskan kerana hukum asal riadah (termasuk main bola) adalah harus. Ia boleh menjadi haram jika ada unsur-unsur haram seperti meninggalkan solat dan sebagainya. Berseluar pendek haram di sisi mazhab Syafi'i kerana aurat lelaki antara pusat dan lutut. Manakala dalam mazhab Maliki ada aurat mukhaffafah (lutut) dan aurat mughallazah (kemaluan). Jadi mendedahkan lutut tidak dianggap berdosa. Maksud UF isu aurat adalah isu yang khilaf di kalangan ulama.

UF tidak mengatakan BOLEH pakai seluar pendek kerana ada pelajar-pelajar USIM yang memakai seluar pendek ketika bermain bola. Mereka menggunakan hujah yang UF sebutkan tadi dalam mazhab Maliki. Bagi UF, mereka ini "jahil murakkab" kerana tidak peka dengan waqi' atau realiti masyarakat Malaysia yang bermazhabkan Syafi'i. Bak kata orang pelajar-pelajar USIM yang pakai seluar pendek tu "bodoh sombong" (kasar ke???).

Berbalik kepada isu puasa dan bola, jika bermusafir maka ia adalah illat dirukhsahkan untuk berbuka. Bila disebut rukhsah, maknanya bukan wajib berbuka tetapi terpulang kepada seseorang itu sama ada meneruskan puasanya atau pun berbuka. Jika dia berpuasa itu lebih baik, namun jika dia berbuka tidak berdosa tetapi perlulah mengqadanya semula.

Keratan akhbar utusan di atas yang UF petik tu adalah isu berbeza dengan apa yang UF ulas di atas. Kalau bermusafir memang tidak ada masalah. Kalau pemain-pemain Islam yang bermukim dan bermain dengan kelab-kelab bola di Eropah, maka menurut laporan akhbar utusan tu dah ada "ijtihad" yang membolehkan untuk tidak berpuasa.

Sukar juga untuk menentukan keabsahan illat yang digunakan tu. Masih dan tetap akan menjadi perdebatan hangat di kalangan para ulama. Kalau salah pun ijtihad yang dibuat, ulama yang terlibat mengeluarkan pandangan tu tetap mendapat pahala. Itupun disyaratkan ulama yang mempunyai ilmu, bukannya mereka yang jahil. Wallahu A'lam Bi al-Sawab.

17 Ogos 2010

Konsert Solo

Entah mengapa kebelakangan ni, hati amat berhajat nak buat konsert solo. Apa?? Konsert solo??? Sejak UF mula mencipta lagu pada tahun 1993, rasanya dah lebih 30 lagu yang dicipta. Tak pernah pula UF kira berapa banyak lagu yang ada dalam koleksi peribadi. Namun memang dah banyak.

Dulu hajat nak buat album nasyid dah tertunai dengan munculnya kumpulan Instinct. Dalam album pertama kumpulan Instinct yang bertajuk "Kaulah Permata", UF sumbangkan 3 lagu. Ketiga-tiga lagu tu hasil ciptaan UP sepenuhnya, malah UF sendiri yang menyanyikan lagu-lagu tu. 1 trek zikir (ada dimainkan dalam IKIM.FM) dan 2 lagu bertajuk "Itmi'nan" (pernah menduduki carta IKIM.FM) dan lagu arab "Anta Rabbuna". Manakala 3 lagi trek lagu dalam album tu, UF turut sumbangkan suara sebagai suara latar dan harmoni.

Cuma tak tahulah sama ada hajat kali ini boleh tercapai ataupun tidak. Rasanya kalau nak dapatkan penonton, tak ada masalah kot. Anak-anak murid UF di USIM ni pun dah lebih 400 orang. Mungkin dieorang teruja nak tengok ustaz dieorang menyanyi dalam konsert solo (konon-kononnya lah).

Tapi banyak benda jugak nak kena fikir... bajet... masa... training... backup musician dan macam-macam lagilah... Entahlah... kalau tak tercapai pun hasrat ni, sekurang-kurangnya niat baik tu dah dapat pahala (Insya Allah)...

10 Ogos 2010

Ahlan Ya Ramadan!!!

Ahlan Ya Ramadan!!!
Ahlan Ya Ramadan!!!
Ahlan Ya Ramadan!!!
رمضان كريم

05 Ogos 2010

Tazkirah!- Kenderaan Yang Kita Miliki Dan Naiki

UF dapat satu emel yang berunsur humor tapi padat dengan mesej tersirat. Renung-renungkanlah yeee!!!!

——————————————————————-

Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)

(baby walker)


Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian)

(keta tolak (stroller)

Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)

(keta mainan)


Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)


(keta kontrol biasa-biasa aje)


Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)

(keta kontrol berjenama)

Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)

(keta mini…keta sport…MPV…. SUV… Sedan)

Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)

(keta berkerusi roda)


Peringkat akhir…..pabila tiba masanya

(keta jenazah)

22 Julai 2010

Seminar Pengurusan Harta Menurut Perspektif Islam

Hari ini UF dijemput oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang untuk membentang kertas kerja dalam Seminar Pengurusan Harta Menurut Perspektif Islam. Tajuk yang UF bentang ialah “Harta: Perbincangan Menurut Perspektif Islam”. Seminar ini diadakan di UiTM Pulau Pinang dan dihadiri oleh kakitangan awam jabatan kerajaan Pulau Pinang.

UF dijemput untuk dua slot. Pada sebelah pagi dalam slot pertama UF bentang kertas kerja di atas. Manakala slot kedua pada sebelah petang, UF menjadi panelis munaqasyah ilmiah (ala-ala forum). Seorang lagi panelis ialah YA Us. Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Jawi Pulau Pinang.

Munaqasyah ilmiah ini ialah para peserta seminar bertanyakan soalan-soalan kepada panelis. Selama dua jam daripada pukul 2.30pm banyak soalan-soalan yang ditanyakan oleh peserta. Agak mencabar juga untuk menjawab soalan-soalan secara spontan. Namun Alhamdulillah ia menambah pengalaman UF untuk belajar menjawab soalan dengan lebih yakin.

19 Julai 2010

Bahagianya, namun...

Hari ini hari lahir UF ke 34. Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan pada UF untuk hidup sehari lagi.

Hari lahir tahun ini ada satu kelainan dalam hidup UF. Memang syukur sangat atas nikmat yang Allah kurniakan kepada UF. Apa yang Allah telah takdirkan untuk UF hanyalah menambahkan keimanan dan kepercayaan UF kepadaNya. Bak kata Nabi Ibrahim “Liyatmainna Qalbi”.

Benarlah janji Allah, jika kita tidak putus asa, insya Allah kita takkan dipersiakan. Dalam perjalanan untuk mendapat apa yang dihajati, tidak sekelumitpun rasa putus asa, mahupun kecewa. Doa terus dipanjatkan agar Allah memberi apa yang terbaik dalam hidup ini.

Alhamdulillah, berkat doa itu, lebih kurang seminggu yang lepas UF dianugerahkan nikmat yang mungkin jarang-jarang orang lain perolehi. Sebab itulah UF kata hari lahir tahun ini amat bermakna dan unik. Syukur Alhamdulillah tidak henti-henti. Namun kegembiraan itu sebenarnya tanggungjawab yang semakin bertambah. Sekali lagi kepadaMu ya Allah, kupohon kekuatan untuk mengharungi segalanya.

************

Hari ini juga isteri UF memulakan dialisis di USIM. USIM telah mendapat sumbangan mesin dialisis daripada Majlis Agama Islam Pahang. Kalau sebelum ini USIM terpaksa membayar lebih kurang RM3500 sebulan kepada pusat dialisis swasta, jadi bila dah ada mesin sendiri dapatlah kurangkan kos.

Kira isteri UF orang pertama yang rasmi mesin dialisis tu di USIM. Dia juga orang pertama yang USIM tanggung untuk kos rawatan dialisis sebelum ini. Ada dua orang lagi yang terdiri daripada staf dan isteri staf USIM yang menerima rawatan dialisis. Memang kasihan lihat keadaan isteri yang menanggung ujian Allah ini. Ya Allah, Engkau telah berikan ujian kepada isteriku di dunia, maka ampunkan dosanya dan
tempatkannya disyurga. Berikan juga aku syafaat dengan sebab ujian kepada isteriku. Moga aku dan semua keluargaku berada disyurgaMu. Amin!!!

18 Julai 2010

Kenapa Tak Update?

Ada 2-3 orang pengunjung blog yang bertanyakan kepada UF, kenapa UF tak update blog ni dalam tempoh yang lama. Yeahhh bukan UF taknak update tapi USIM buat polisi blog peribadi kena block sepanjang waktu bekerja. Ia hanya dibenarkan dilayari selepas ja 6 petang.

Bukan sahaja blog peribadi (tapi tak semua blog disekat), facebook, youtube dan laman-laman sosial yang lain turut diblock. Tujuannya untuk menyekat staf USIM dari melayari laman-laman web tersebut ketika waktu bekerja dan meninggalkan tugasan hakiki.

Bila kondem polisi universiti, staf boleh dikenakan tindakan tapi polisi USIM yang dok block blog-blog tertentu memang menyukarkan. Bayang tengoklah, laman Us. Zaharudin.net yang selalu dok tulis pasal muamalat pun boleh kena block. Apa hal? Kot la laman sex takpelah kalau nak disekatpun.

Kadang-kadang lecturer macam UF ni cari bahan atau maklumat nak tulis artikel atau buat paper work melalui internet. Bila dah kena sekat macam ni memang susah sebab terhad. Sapa la nak tunggu sampai pukul 6 lebih kat pejabat semata-mata nak surf internet. Kalau buat polisi pun biarlah tidak menyekat perkembangan ilmu.

Bukan UF takde komputer kat rumah, tapi notebook kat rumah dah pening. Terkadang balik rumah dah penat otak, memang tak larat dah nak on komputer. Tolonglah orang atas, fahamilah keadaan dan raikanlah teknologi yang ada. Kalau didapati ada staf yang asyik melayari laman web dan tak buat kerja, hukumlah dia. Kenapa seorang saja yang berak tengah jalan, habis semua kena cuci?

06 Julai 2010

Diskaun Hebat- Promosi 10 Hari!!!

Dapatkan album kedua Kumpulan Nasyid Instinct dalam Kempen 10 Hari pada harga murah gila RM10 sahaja. Kumpulan Nasyid Instinct telah beberapa kali menjadi Juara Carta Nasyid IKIM.fm.

Pembelian dengan online payment (credit card/debit card, FPX – CIMB, Maybank, Bank Islam) membolehkan anda download nasyid ini automatik selepas pembayaran. Takde akaun bank online? Ok, tak mengapa. Guna mesin ATM pun boleh untuk pembayaran secara manual. Terima kasih daun keladi. Klik gambar berikut:

04 Julai 2010

Hakim Syarie Wanita

Akhbar hari melaporkan bahawa kerajaan Malaysia telah melantik dua orang wanita menjadi Hakim Syarie pertama. Mereka ialah Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Suraya Ramli 31 sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM. Manakala Rafidah Abdul Razak 39, bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie dan Penolong Pengarah Latihan JKSM. Lantikan mereka dibuat pada pertengahan Mei lepas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Isu perlantikan wanita sebagai qadi atau hakim adalah isu klasik fiqh. Ia telah dibincangkan sejak sekian lama dalam kitab-kitab fiqh turath. Secara ringkasnya mazhab Syafie tidak membenarkan wanita dilantik menjadi qadi atau hakim. Manakala mazhab Hanafi membenarkan perlantikan wanita ke jawatan itu. Kedua-dua mazhab tersebut mempunyai hujah dan dalil masing-masing.

Dengan perlantikan dua orang wanita sebagai Hakim Syarie, menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia memilih pandangan mazhab Hanafi. Ini berdasarkan ijtihad Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mengikut prinsip-prinsip tertentu di sebalik kewajaran melantik wanita ke jawatan tersebut.

Apa yang UF nak ulas di sini ialah, tidak kisah kita memilih pandangan mazhab Syafie atau mazhab Hanafi. Ini kerana ia adalah perkara ijtihadi, apatah lagi kedua-duanya mempunyai dalil dalam isu ini. Cuma jangan kita tersilap objektif dalam perlantikan wanita ke jawatan Hakim Syarie. Objektif utama perlantikan seseorang hakim ialah untuk menjulang panji keadilan berdasarkan hukum Allah S.W.T.

Jika sesetengah pihak berpendapat bahawa perlantikan dua hakim wanita itu akan memberi keadilan kepada wanita, maka ia ternyata salah. Perlantikan hakim wanita bukan untuk memberi keadilan kepada wanita tetapi memberi kaedilan kepada mereka yang berhak sama ada wanita mahupun lelaki.

Pandangan bahawa Hakim Syarie lelaki sebelum ini berat sebelah kepada kaum lelaki merupakan pandangan prejudis. Hakim mempunyai tugas yang berat untuk memutuskan sebarang keputusan. Jika ada hakim yang hanya memandang gender dalam penghakimannya maka ia hanya menempah api neraka.

Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang mafhumnya, dua golongan hakim akan masuk neraka iaitu hakim yang berhukum tanpa ilmu dan hakim yang tahu kebenaran tetapi tidak berhukum dengannya. Hanya satu golongan hakim yang dapat masuk syurga iaitu hakim yang tahu kebenaran dan berhukum dengannya.

Kita berdoa kepada Allah agar Hakim-Hakim Syarie kita baik yang lelaki mahupun dua hakim wanita (Puan Suraya dan Puan Rafidah) dipelihara oleh Allah dalam penghakiman mereka. Amin!!!

30 Jun 2010

WHY ALLAH (if I may) ALLOWS PAIN

UF dapat emel yang diforward daripada seorang rakan... ceritanya cukup bagus untuk difikir dan dihayati bersama... selamat membaca!!!

-----------------------------------------

This is one of the best explanations of why ALLAH allows pain and suffering that I have seen...

A man went to a barbershop to have his hair cut and his beard trimmed. As the barber began to work, they began to have a good conversation. They talked about so many things and various subjects. When they eventually touched on the subject of God, the barber said:
"I don't believe that ALLAH (God) exists."

"Why do you say that?" asked the customer. "Well, you just have to go out in the street to realize that God doesn't exist. Tell me, if God exists, would there be so many sick people? Would there be abandoned children?

If God existed, there would be neither suffering nor pain. I can't imagine a loving God who would allow all of these things." The customer thought for a moment, but didn't respond because he didn't want to start an argument. The barber finished his job and the customer left the shop.

Just after he left the barbershop, he saw a man in the street with long, stringy, dirty hair and an untrimmed beard. He looked dirty and unkempt. The customer turned back and entered the barber shop again and he said to the barber:
"You know what? Barbers do not exist." "How can you say that?" asked the surprised barber. "I am here, and I am a barber. And I just worked on you!" "No!" the customer exclaimed. "Barbers don't exist because if they did, there would be no people with dirty long hair and untrimmed beards, like that man outside."

"Ah, but barbers DO exist! That's what happens when people do not come to me." "Exactly!" affirmed the customer. "That's the point! ALLAH, too, DOES exist!
That's what happens when people do not go to Him and don't look to Him for help. That's why there's so much pain and suffering in the world."

BE BLESSED & BE A BLESSING TO OTHERS !!!!!!!

---------------------------------------------------------------

Dapatkan nasyid, e-book dan produk-produk digital lain di:

16 Jun 2010

DIMASHQU (20)

Beberapa kali aku terjaga kerana merasakan begitu lama aku tidur. Setiap kali terjaga, aku tertanya-tanya waktu subuh dah masuk atau belum. Lebih kurang 4.30 pagi aku terjaga dan bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat subuh. Terasa puas aku tidur selepas seharian keletihan kerana baru sampai di bumi Syria. Subuh pagi itu begitu sejuk kerana hujan turun.

Selepas bersiap, aku menuju ke masjid dalam keadaan hujan renyai-renyai. Aku membaluti diriku dengan sehelai kain selimut untuk mengelakkan basah. Menggigil juga aku kesejukan yang amat sangat sepanjang perjalanan menuju ke masjid.

Selepas menunaikan solat subuh, aku pulang ke rumah. Isteri dan anakku juga sudah bangun. Yang paling bestnya isteriku dahpun masak nasi awal pagi tu. Ye lah kelmarin sejak sampai ke Syria, aku dan keluarga belum menjamah nasi. Ni lah pertama kali aku makan nasi betul-betul lepas subuh dalam hidupku.

Isteriku hanya masak ringkas, sardin, telur goreng dan ikan bilis. Walaupun ringkas tapi kami sekeluarga makan cukup berselera kerana lapar sangat. Lepas makan nasi, minum pula syai (teh) panas. Ketika tu terasa nikmat hidup sebagai seorang hamba Allah.

Dapatkan nasyid, e-book dan produk-produk digital lain di:

04 Jun 2010

muslimdigital.com dilancarkan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan rendah diri dan penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T, laman http://www.muslimdigital.com/ dilancarkan secara rasmi. Ia bakal menjadi platform dakwah dan muamalat bagi pencinta Islam.
Apa yang boleh anda perolehi di sini?
- Nasyid.
- E-book.
- Wallpaper Islamik.
- Ceramah (coming soon).
- Foto Islamik (coming soon).
- Membaca & mendengar bacaan al-Quran.…
dan macam-macam lagi (produk baru akan sentiasa ditambah, Insya Allah).
Peluang Jana Pendapatan!!!
- Terdapat banyak produk percuma.
- Terdapat juga produk untuk dijual.
Jadilah affiliate (ejen pemasaran) MuslimDigital dan anda berpeluang mendapat komisen bagi setiap jualan yang dibuat melalui link affiliate anda. RM10 instant cash bonus juga diberikan bagi setiap pendaftaran affiliate baru.Anda boleh mempromosi MuslimDigital di footer signature, yahoogroup, blog, facebook dll. Banner untuk membantu promosi telah disiapkan untuk anda.

Bagi ustaz, ustazah, pensyarah, pendakwah, masjid, surau, persatuan dll yang mahu menjana pendapatan daripada produk digital juga boleh menjadikan MuslimDigital sebagai platform untuk memasarkan produk anda. Hanya perlu hasilkan ebook Islam, rakamah ceramah, rakamah kuliah dll kemudian pasarkannnya di MuslimDigital dengan sedikit komisen diambil.

Kenapa MuslimDigital?
MuslimDigital mengutamakan khidmat kepada umat Islam di samping menjana ekonomi.
Beberapa ciri utama MuslimDigital ialah:
- Menggunakan sistem hampir 100% automatik. Beli, bayar & terus download (kecuali jika pilih untuk bayar manual).
- Sistem shopping cart yang mudah.
- Sistem affiliate 2 tiers yang menggunakan cookies sehingga 90 hari.
- Sistem bulk viral inviter yang memudahkan kerja promosi.- Banyak freebies!dan lain-lain lagi.
UF mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen mengenai MuslimDigital.
Tunggu apa lagi, lawatilah http://www.muslimdigital.com/ sekarang!

28 Mei 2010

2 Kolah

(Model 2 kolah yang dibina pelajar)

(Kumpulan 1)



(Kumpulan 2)

(Kumpulan 3)

(Kumpulan 4)

(Ukuran dan saiz yang disediakan oleh pelajar)
UF kena mengajar tutorial subjek Fiqh al-Ibadat Wa al-Munakahat dalam semester pendek ni. Untuk tugasan tutorial, UF minta pelajar-pelajar membina “model” al-Qullatain (2 kolah) yang menjadi tanda aras air mutlak.

Nampak para pelajar berminat dengan tugasan tersebut dan mereka telah membina model tersebut daripada kotak. Ukuran saiz bagi 2 kolah dalam kitab-kitab fiqh ialah 1 1/4 hasta yang bersamaan 56.25 sm panjang, lebar dan dalam.

Cuma sukatan air dengan menggunakan tin minyak tanah untuk memenuhi standard 2 kolah agak berbeza di Malayisa. Ada pendapat yang mengatakan 9 tin, ada yang mengatakan 13 tin dan ada pula yang berpendapat 15 tin. Bagi UF, perbezaan ini mungkin berpunca daripada saiz tin minyak tanah yang berlainan dari segi saiznya.

Yang lawaknya ada pelajar yang pergi ke masjid Bandar Baru Nilai untuk mengukur saiz kolah yang ada di masjid tu. Pada tanggapan mereka maksud 2 kolah dalam kitab-kitab fiqh ialah “kolah” yang selalu ada di masjid-masjid. Sebenarnya saiz 2 kolah tidaklah besar sangat dan setelah mereka faham barulah mereka membuat model 2 kolah dengan kotak.

Bagi UF, ini satu aktiviti yang dapat menarik minat pelajar memahami dengan lebih jelas lagi tentang ilmu fiqh. Tidak sekadar teori sahaja malah mereka dapat mempraktikkannya. Syabas kepada anak-anak muridku dan kenangilah ini sebagai satu pengalaman berguna sepanjang hayat.

21 Mei 2010

Keazamannya...

Ada seorang insan di USIM ni, latar belakangnya bidang ekonomi. Pernah mengajar di UKM dan UUM. Lepas tu masuk USIM dan pernah dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Beliau ialah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Hj. Alias yang berasal dari Bongek, Negeri Sembilan.

Beliau dah pencen pun, sekarang bekerja di USIM secara kontrak dan menjadi Timbalan Pengarah INFAD. Yang UF nak cerita di sini ialah tentang keazamannya belajar bahasa arab. Masa mula-mula beliau masuk USIM, beliau pernah berkata yang beliau akan belajar 3-4 patah perkataan baru bahasa arab.

Beliau mengotakannya, dan setiap kali beliau berucap dalam apa-apa majlis atau program USIM, beliau akan berucap dalam mukaddimahnya dengan bahasa arab. Beliau tidak lekang dengan buku notanya dan akan mencatit apa-apa istilah atau frasa ayat bahasa arab yang baru dipelajarinya.

Ketika itu malah sehingga ke hari ini, ramailah ustaz-ustaz USIM menjadi “guru” beliau termasuk UF. Semasa beliau menjadi TNC, beliau akan meminta pertolongan mana-mana ustaz untuk membuat draf ucapan dalam bahasa arab walaupun 1-2 perenggan. Tidak pernah rasanya ucapan beliau tanpa ada ucapan dalam bahasa arab.

Sekarang ni, bila datang pejabat UF selalu minum pagi di cafe fakulti. Di situ UF dan beliau sering berbincang pasal nahu saraf dan perkara-perkara berkaitan bahasa arab. Ada Saja yang akan ditanya oleh beliau. UF memang kagum dengan keazaman yang ditunjukkan oleh beliau. Tidak keterlaluan rasanya jika UF kata tahap bahasa arabnya sekarang lebih baik berbanding sesetengah pelajar USIM sendiri.

Kalaulah pelajar-pelajar USIM atau mana-mana institusi yang menggunakan medium bahasa arab mencontohi keazaman Prof. Dr. Mohammad ni, Insya Allah mereka boleh menguasai bahasa arab dengan lebih baik. Masalahnya bukan boleh tak boleh, tetapi mahu atau tidak……

08 Mei 2010

Seminar IT- Penyertaan Percuma

MAKLUMAN
Seminar IT dan Anda
Tajuk:
“Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial”
Seperti facebook, friendster dan sebagainya.
Tarikh: 15 Mei 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.30am – 1.00 pm
Tempat: Tingkat 4, Dewan Randau (Atas Café Randau, Kota Warisan)
Penceramah: Pegawai dari Cyber Security (badan yang mengawal selia laman2 web di Malaysia di bawah Suruhanjaya komunikasi)
Anjuran:
Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Kota Warisan, dan
Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP), Kota Warisan
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua.
Tempat terhad kepada 90 orang sahaja.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi:
013-3543594

23 April 2010

Album Terbaru Instinct Kini Di Pasaran!!!

Kepada semua peminat kumpulan Instinct, album terbaru (kedua) daripada kumpulan Instinct kini dilancarkan dengan lagu-lagu yang lebih mendebarkan jiwa. Menampilkan 5 lagu yang pasti menambat jiwa anda!!!
Sempena promosi dan pelancaran album ini, dapatkannya dengan harga istimewa: RM 12.00 (harga asal RM 14.90). Bukan itu sahaja, anda akan mendapat 2 lagu bonus. Anda perlu cepat kerana tiada jaminan 2 lagu bonus itu akan dikekalkan.
Album ini hanya dijual secara online. Untuk maklumat lanjut mengenai album ini dan untuk membelinya KLIK DI SINI!!!

04 April 2010

Boleh Tukar ke?

Kartika Sari Dewi (Sumber gambar: themalaysianinsider.com)

Hari Jumaat lepas, UF mengajar kuliah Maghrib di surau al-Hijrah, Kota Warisan tentang "Bab Jenayah". Ada seorang hadirin bertanya apa pandangan ustaz tentang pertukaran hukuman sebat ke atas kartika (gambar) kepada khidmat masyarakat. Tidakkah ini menukar hukum Allah Taala?
UF jawab, sebenarnya hukuman 6 sebatan yang dikenakan ke atas Kartika bukanlah hukuman hudud. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak mengamalkan hukuman hudud dalam sistem undang-undang (enakmen) Islamnya. 6 sebatan yang diamalkan di Mahkamah Syariah Malaysia ialah hukuman takzir.
Jadi tindakan Sultan Pahang menukar bentuk hukuman daripada sebat kepada khidmat masyarakat tidak salah. Apatah lagi hal ehwal Islam di bawah kuasa sultan negeri-negeri. Maka pihak berkuasa boleh meminda, menukar, mengurangkan dan menambah hukuman takzir.
Kalau hukuman hudud seperti hukuman hudud bagi peminum arak sebatan 40 rotan, memang tiada siapa yang boleh meminda atau menukarnya kepada hukuman lain. Ini kerana hukuman hudud ialah hukuman yang telah diputuskan secara tetap oleh Allah dalam al-Quran atau Sunnah. Tidak boleh bagi sesiapa pun, hatta Nabi Muhammad S.A.W pun tidak boleh mengubahnya.
Adapun hukuman takzir ialah hukuman yang di serahkan kepada kebijaksanaan pemerintah untuk menentukannya. Allah Taala tidak menentukan bentuk hukumannya sama ada sebat, penjara atau sebagainya. Jadi terpulang kepada pihak pemerintah untuk menentukannya. Mahkamah Syariah di Malaysia hanya ada 3 jenis bentuk hukuman takzir sahaja seperti yang diperuntukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah, iaitu:
1. Sebatan.
2. Denda.
3. Penjara.
Namun ini semua tertakluk kepada budi bicara Sultan negeri. Sebab itulah dalam kes Kartika Sultan Pahang mengampunkan hukuman sebatan dan menukarnya kepada khidmat masyarakat selama 3 bulan.
Dalam isu yang berkaitan, UF nak komen sikit pasal 1 laporan Berita Harian bertarikh 3 April 2010. Akhbar itu menyiarkan komen Mufti Perak Tan Sri Harussani mengenai pertukaran hukuman Kartika itu. Tan Sri Harussani dilaporkan berkata, hukuman itu boleh ditukar kerana ia hanyalah hukuman takzir bukannya "qisas".
UF tak tahulah, sama ada kesilapan itu adalah kesilapan wartawan atau Tan Sri Harussani. Kalau kesilapan wartawan melaporkan, bolehlah dimaafkan kerana mungkin mereka jahil. Namun kalau kesilapan Mufti Perak dalam menyebut takzir dan qisas, maka pelik la sikit. Sebabnya perkara ini macam yang disebutkan oleh UF di awal tadi, ia berkaitan dengan hukuman takzir dan hudud bukannya qisas.
Qisas ni bab lain pula, iaitu bab bunuh. Bila masa pula Kartika bunuh orang pula?

02 April 2010

Beban Cikgu Je Ke?

Kuala Lumpur 31 Mac - Tim. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri Pelajaran juga berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejas tumpuan kepada tugas mengajar...... Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa. ----> Sumber Utusan Malaysia.

UF nak ulas sikit tentang perkara ini. Sebenarnya para pensyarah seperti UF di IPT juga menanggung beban kerja yang berat. Kerja hakiki pensyarah ialah mengajar, menyelia, menerbitkan penulisan, membuat penyelidikan dan memberi khidmat masyarakat. Namun realiti yang berlaku di universiti seperti USIM, beban pensyarah bukan sahaja yang disebutkan tadi. Malah mereka turut dibeban dengan tugas-tugas sampingan yang lain yang boleh membantutkan kerja hakiki mereka.
Bagaimana negara hendak melahirkan universiti bertaraf penyelidikan jika pensyarah tidak sempat hendak melakukannya. Begitu juga dengan penulisan, bagaimana negara hendak menghasilkan penulisan-penulisan ilmiah yang bermutu jika pensyarah dibeban dengan tugas lain.
Sebagai contoh, jika fakulti hendak menganjurkan seminar, persediaan untuk itu selalunya mengambil masa pensyarah yang banyak. Pensyarah-pensyarah yang terlibat sudah pasti akan menumpukan perhatian kepada urusan dan tugas seminar tersebut. Sebulan sebelum seminar bermula. Itu adalah waktu kritikal yang memerlukan tumpuan penuh daripada AJK (pensyarah) yang terlibat. Ketika itu aktiviti penulisan dan penyelidikan pensyarah akan terhenti.
Terkadang dalam setahun bukan 1 seminar sahaja. Sebagai contoh di FSU, USIM ada seminar kebangsaan/antarabangsa, program diskusi ilmiah dalaman, public lecture dan sebagainya. Kalau purata penyediaan 1 program besar mengambil masa 4 bulan, bila masa pensyarah nak menulis penulisan ilmiah atau menjalakan penyelidikan? Orang yang tidak pernah terlibat dengan penganjuran program besar tidak tahu, betapa masa dan keringat yang dicurahkan oleh AJK yang terlibat. Untuk makluman, yang terlibat semuanya para pensyarah.
UF nak bagi contoh lagi, Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh USIM akhir tahun 2009. Urusetianya ialah FSU dan UF lihat betapa teruknya rakan-rakan pensyarah UF "didera" untuk menjayakannya. Terkadang balik rumah jam 10 malam. Begitu teruk pensyarah mencurahkankan keringat, berapa peratus sahaja yang dapat untuk markah penilaian prestasi?
Sedangkan yang dinilai sebetulnya dan yang tinggi markahnya ialah pengajaran, penulisan dan penyelidikan. Terlibat dengan aktiviti atau universiti hanya dinilai lebih kurang 5% sahaja. Itu baru terlibat dengan aktiviti fakulti, belum dikira aktiviti peringkat universiti. Sebab itulah Kementerian Pengajian Tinggi juga perlu membuat kajian mengenai beban pensyarah IPT negara.
UF percaya pensyarah-pensyarah yang ada di IPT sememangnya komited untuk menghasilkan penulisan dan penyelidikan ilniah yang bermutu. Namun kekangan dan bebanan tugas yang bukan hakiki telah membantutkan usaha itu. Yang UF sebut tu, hanya 1 contoh sahaja. Banyak lagi contoh-contoh beban tugas bukan hakiki yang terpaksa ditanggung oleh pensyarah. Ini semua membantutkan tugas hakiki para pensyarah.
UF dan rakan-rakan pensyarah lain bukan hanya pandai mengomel sahaja. Kami dah jayakan banyak program-program fakulti dan universiti. Pihak pengurusan tertinggi fakulti dan universiti jangan hanya menuding jari kepada pensyarah mengatakan kami kurang penulisan dan penyelidikan.
Kalau cikgu-cikgu sekolah bakal mendapat perhatian yang sewajarnya, kenapa tidak kami golongan pensyarah??? Kami juga terbeban....

06 Mac 2010

Bila Cinta Beralih Arah (Part 2)

Masa UF sampai di Mesir tahun 1992, UF adalah generasi pertama pelajar Malaysia yang dipindahkan ke Damanhur. UF sampai awal Disember dan sementara hendak dipindahkan ke Damanhur, UF tinggal sebulan di Kaherah. Untuk mengisi waktu lapang, UF menadah kitab satu kitab Usul Fiqh (Syarah al-Isnawi) dengan seorang abang senior. Perbahasan yang diajar ialah mengenai wajib mukhayyar dalam bab kaffarah. Ia merupakan silibus tahun 1 kuliah Syariah universiti al-Azhar.

UF mula meminati dan "menyintai" subjek Usul Fiqh walaupun perbahasannya agak sukar untuk difahami. Masa ambil 4 thanawi, UF tak berapa faham lagi tentang subjek ni. Apatah lagi "cinta" UF hanya untuk nahu dan saraf. Namun bila belajar dengan abang Zaki Zakaria, UF mula memahami subjek Usul Fiqh.

Subjek nahu dan saraf di al-Azhar hanya diajar sehingga tahun 2 sahaja. Untuk tahun 3 dan 4 dah ditukar dengan subjek Balaghah. Manakala subjek Usul Fiqh adalah subjek wajib sehingga tahun 4. Alhamdulillah hasil "cinta" terhadap Usul Fiqh, UF dapat score dalam subjek ni. Cinta kepada nahu dan saraf dah mula pudar dan semakin "dilupai". Ye lah, sebab dah tak berjumpa lagi dengan subjek tu.

Bila UF sambung master di al-Azhar, UF ambil jurusan Usul Fiqh sebab minat sangat. Kata-kata seorang tok syeikh UF (Syeikh Husaini Syeikh) masih diingati sampai sekarang. Beliau kata kalau nak belajar Usul Fiqh peringkat master ni mesti orang tu dah faqih bukan sekadar mutafaqqih (yang baru nak kenal). Masa buat master nilah baru UF faham apa fungsi sebenar subjek Usul Fiqh dipelajari.

Di USIM, UF mengajar subjek Usul Fiqh. Kira dapat bermain-main dengan "kekasih" yang selama ini UF dambakan. Peringkat permulaan subjek Usul Fiqh di USIM dibahagi 2 bahagian. Usul Fiqh 1 belajar tentang mabahis al-ahkam dan Usul Fiqh 2 belajar tentang dalalat al-alfaz.
Bila mengajar Usul Fiqh 2, rupanya UF bertemu semula "kekasih" lama yang telah ditingalkan iaitu mabahis lughawiyyah.

Cinta yang beralih arah bertaut kembali. Bukan saja dapat cinta lama, malah cinta baru juga di hati. Masing-masing begitu mesra mendampingi UF. Ya, UF bahagia sekarang bersama kekasih lama dan kekasih baru. Umpama ada 2 bini lagaknya.

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage