29 November 2011
SEMBANG SANTAI BERSAMA SELEBRITI
November 29, 2011
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar akan menganjurkan Pesta Konvokesyen USIM kali Kesembilan 2011 pada 1 hingga 4 Disember 2011.
Sehubungan itu, satu forum sembang santai akan diadakan seperti berikut:
Tajuk : Hijrah; Jalan Yang Ku Temui
Tarikh : 1 Disember 2011 (Khamis)
Masa : 8.15 malam
Tempat : Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan
Panel 1 : Ustaz Radzi (Bekas Vokalis Kumpulan Melissa)
Panel 2 : Saudara Fadzli (UNIC)
Panel 3 : Dr. Irwan Mohd Subri (Pensyarah FSU)
Semua muslimin muslimat dijemput hadir!!!
13 November 2011
Murabbi vs Murabba
November 13, 2011
UF dah mengajar 10 tahun lebih di USIM. Walaupun tempoh yang lama,
tapi UF takkan mengaku sudah matang dalam mengajar. Masih belajar
mengajar dan proses tu takkan berhenti hinngalah mati. Sepanjang tempoh
tu UF dah mengajar pelbagai jenis pelajar.
Jenis yang pandai tak ramai, boleh dibilang dengan jari. Yang banyak ialah jenis pertengahan dan yang agak terkebelakang. Yang pandai memanglah senang mengajar sebab senang faham. Yang memerlukan usaha lebih ialah mengajar golongan pertengahan. Manakala yang paling mencabar ialah mengajar golongan ketiga.
Kalau nak ikutkan, dalam hati ni nak "marah" juga golongan kedua dan ketiga sebab "malas", "susah faham" dan lain-lain. Namun bila fikir balik dulu UF tergolong dalam golongan dua setengah (antara golongan kedua dan ketiga: mungkinnnn), membuatkan UF terfikir apa sumbangan yang UF kena buat untuk bantu mereka.
Ramai di kalangan rakan-rakan UF bila dalam meeting atau sembang-sembang sering menyalahkan pelajar itu dan ini. Namun bagi UF "kamu" sebagai seorang pensyarah yang cerdik dan dulunya cemerlang dalam pelajaran, tetapi gagal dalam memotivasikan pelajar. Marahkan UF???? silakan.....
Betullah kebanyakan pelajar sekolah agama yang kemudiannya menjadi pelajar USIM, agak kurang (bukan semua yaaa) dalam serba serbi. Golongan yang cerdik-cerdik mungkin memilih atau terpilih ke program profesional seperti perubatan, undang-undang dan sebagainya. Tinggallah golongan yang kureng sikit untuk dibentuk dalam bidang-bidang yang dikatakan tidak profesional seperti Syariah dan lain-lain.
Sudahlah dilabelkan golongan 2nd class, di"marah" pula oleh pensyarah-pensyarah dalam kelas, lebih tersentotlah motivasi mereka. Memang betul ada antara mereka perlu ditegur, dimarah tetapi bukan dalam bentuk negatif berbentuk penghinaan. UF ada sikit pengalaman dalam beberapa siri bengkel kecemerlangan bagi pelajar-pelajar yang dapat "lulus bersyarat" (LBS). Mereka ni kalau semester depan dapat pointer 2.0 ke bawah juga, boleh dibuang universiti.
Dalam bengkel, mereka menangis-nangis mengenang nasib mereka. Ada yang dah putus semangat nak belajar, nak berhenti dan macam-macam lagi. Namun rakan-rakan pensyarah (dedikasi buat Pn. Dina Supaat) dan UF menaikkan motivasi mereka supaya "sedar diri" dan lakukan perubahan, maka tiada seorang pun daripada mereka yang gagal. Sekarang mereka dah lama bergraduan walaupun sekadar kelas tiga.
Penat memanglah penat, asyik nak motivasi pelajar jaaa. Kenapalah mereka tak boleh fikir sendiri?? Bagi UF, memotivasikan pelajar bukan hanya sekali tetapi berterusan dan tidak boleh putus asa. Bagi UF juga, golongan profesional macam perubatan kalau berjaya menghasilkan pelajar cemerlang tidak menghairankan kerana pelajar tu memang dah cerdik. Bahan mentah dah baik so produk pun baik. Tapi kalau kita (pensyarah) berjaya hasilkan produk baik daripada bahan mentah "kurang baik", itulah kejayaan yang lebih bermakna.
Sebab itulah pensyarah kena jadi murabbi, bukan sekadar mu'allim atau muhadir.Kalau pensyarah tidak berhenti-henti menyalahkan pelajar (walaupun mungkin boleh atau layak disalahkan), maka jadilah pensyarah murabba.....

05 November 2011
Indahnya Ikut Syariat
November 05, 2011
(Pekerja menunaikan Solat Isyak berjemaah)
(Ruang solat dalam kedai Rabbani)
(Pengawal keselamatan mengimami jemaah kedua)
Selasa hingga Khamis lepas UF ke Bandung,
Indonesia.Sekadar pergi bercuti. Antara tempat menarik yang UF pergi
ialah pesantren Darul Tauhid. Hebatnya pesantren-pesantren di Indonesia
termsuk Darul Tauhid ialah mereka mempunyai kedai, tadika, pusat
pengajian (jangka pendek dan panjang) serta hotel sendiri. Kalau di
Malaysia pondok atau sekolah agama rakyat yang tidak mendapat bantuan
kerajaan kebanyakkannya begitu daif, tetapi tidak di Indonesia.
UF taknak ulas panjang-panjang bab itu. Apa
yang lebih menarik dalam lawatan ke Bandung ialah bila UF pergi satu
kedai tudung. Nama kedai tu ialah “Rabbani” milik Rabbani Holding. Ia
tidak ada kena mengena dengan Rabbani Production. Kedai 2 tingkat itu
agak besar dan menjual tudung serta pakaian muslim/ah. Design
tudung-tudung di kedai ni memang menarik dan rasanya tak ada atau tidak
banyak di Malaysia. Harga pula amat murah jika dibandingkan di Malaysia
dan pasti menggiurkan para wanita jika berkunjung ke kedai tu.
Kebetulan bila UF sampai di kedai tu azan
Isyak berkumandang. Bila masuk ke dalam kedai, UF lihat kedai lengang
tanpa pelanggan dan juga pekerja. Rupa-rupanya para pekerja kedai tu
sedang bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah. Tanpa menghiraukan UF
dan zaujah, mereka menunaikan solat Isyak di surau yang terdapat dalam
kedai tu. Lepas solat dan berzikir baru pekerja datang melayan kami.
Surau tu 1/3 daripada saiz kedai dan UF
rasa boleh memuatkan lebih daripada 50 jemaah. Ia pula terbuka tanpa
dinding, jadi boleh nampak orang solat. Subhanallah!!! Syariat lebih
dijunjung di Bandung. Di Malaysia, bolehkah kita dapat suasana macam ni?
Mungkin ada, tapi UF tak pernah lagi jumpa. Semoga Allah memberkati dan
merahmati pemilik dan pekerja kedai Rabbani itu. Ya Allah! limpahkanlah
rezeki berlipat kali ganda kepada mereka kerana mereka telah menunaikan
hakMU ya Allah!!!
Langgan:
Catatan
(Atom)
Ikuti saya!