Jumaat lepas 17hb UF berkhutbah Jumaat
di USIM. Peringkat mula dulu 2-3 kali bila khutbah jumaat, UF akan buat
teks dan baca. Ia ambil masa unutk mengarang teks khutbah sendiri. Lepas
tu, UF cuba unutk berkhutbah tanpa teks. Ia cabaran yang besar, sebab
khutbah Jumaat tak sama macam mengajar kuliah Maghrib.
Intisari khutbah yang disampaikan oleh UF minggu lepas ialah “seni
berkhutbah” oleh khatib. Mungkin kita biasa tengok di Malaysia
khususnya, para khatib hanya “membaca” teks yang disediakan oleh jabatan
agama. Hanya segelintir yang “berkhutbah” tanpa teks, maksudnya
spontanlah.
UF membawa kisah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari. Seorang lelaki badwi masuk ke masjid ketika Nabi SAW sedang
berkhutbah. Lelaki tersebut berinteraksi dengan Nabi dan memberitahu
kampungnya binasa akibat kemarau panjang. Lalu Nabi berdoa ketika itu
supaya Allah turunkan hujan ke atas kampung tersebut.
Minggu berikutnya, lelaki tersebut datang lagi juga ketika Nabi SAW
sedang berkhutbah dan sekali lagi berinteraksi dengan baginda. Beliau
memberitahu kampungnya musnah akibat banjir besar. Lalu Rasulullah SAW
berdoa supaya Allah alihkan hujan lebat daripada kampung tersebut.
Point yang UF cuba bawa di sini ialah Rasulullah berinteraksi dengan
lelaki tersebut ketika baginda sedang berkhutbah. Rasulullah membenarkan
lelaki tersebut mengutarakan masalah yang dihadapinya. Nah, persoalan
yang UF lontarkan kepada sidang Jumaat yang hadir hari itu, bolehkah
kita zaman sekarang buat benda yang sama?
Untuk mengelakkan kebosanan jemaah atau kemengantukkan mereka, kita
cadangkan supaya khutbah jumaat diadakan dalam bentuk sesi soal jawab
antara jemaah dan khatib, kira ala-ala gaya Us. Azhar Idrus. Yang lain
kita ikut syarat dan rukun, cuma isi khutbah dalam bentuk Q & A.
Apa-apa pun UIF kata, kena mohon kelulusan pihak berkuasa agama
dahulu lah. Kalau tidak mungkin akan menimbulkan sedikit masalah di
kalangan masyarakat. Cadangan ini sudah pasti ada pro dan kontra.
Fikir-fikirkan….
Ikuti saya!