Semalam UF dapat satu mesej daripada seorang kawan bertanyakan satu soalan. Dia tanya kalau kena wabak selesema babi, kena samak tak? Walaupun soalan ni lebih kepada melawak, tapi bagus juga dijawab untuk membuka minda. Sebelum jawab soalan ni, ingat tak dalam satu babak filem Seniman Bujang Lapok lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ketika si Ramli sedang mengendap bilik Cik Salmah lalu dia ditegur oleh seorang pakcik tua.
Untuk cover line si Ramli buat-buat macam menghalau serangga kecil dan kononnya ia hinggap di pipi pakcik tadi. Si Ramli pun menampar serangga di pipi pakcik tu, lalu pakcik tu tanya apa yang ditamparnya. Si Ramli jawab, kutu babi dan pakcik tu kata, Allah! batal air sembahyang aku sambil dia berlalu pergi (mungkin nak pergi ambil wuduk balik kot). Sebenarnya wuduk pakcik tu tak batal pun biarpun memang betul kalau kutu babi hinggap di pipinya. Sama juga kalau sentuh binatang yang memakai nama babi contohnya siput babi dan lain-lain. Malah kalau pakcik tu sentuh babi betul pun tak batal wuduk kerana memegang najis tidak termasuk dalam perkara membatalkan wuduk.
Jadi berbalik kepada soalan asal kita iaitu adakah kena samak kalau dilanda demam selesema babi. Jawapannya tidak perlu, kerana bukannya kita menyentuh najis mughallazah iaitu babi atau anjing. Yang kena samak bila kita sentuh fizikal dengan babi atau anjing seperti yang dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi S.A.W. Satu masalah lain, jika kita nampak seekor nyamuk gigit babi kemudian nyamuk yang sama gigit kita pula seperti dalam wabak JE tidak lama dahulu, apa hukumnya? Bagi UF, tidak perlu samak juga kerana ia termasuk dalam umum balwa yang sukar kita elakkan. Wallahu A'lam.
Langgan:
Catat Ulasan
(Atom)
Assalam, Sdr kata, "Malah kalau pakcik tu sentuh babi betul pun tak batal wuduk kerana memegang najis tidak termasuk dalam perkara membatalkan wuduk.
BalasPadamJadi berbalik kepada soalan asal kita iaitu adakah kena samak kalau dilanda demam selesema babi. Jawapannya tidak perlu, kerana bukannya kita menyentuh najis mughallazah iaitu babi atau anjing."
Comment saya; Ada yang bercanggah, boleh tambah penjelasan
W'salam
BalasPadamSebenarnya tak bercanggah, ada 5 perkara yang membatalkan wuduk:
1. Keluar sesuatu dari kemaluan depan dan belakang.
2. Tidur dalam keadaan tidak tetap papan punggung (yang memungkinkan keluar angin).
3. Hilang akal (gila, mabuk dan sebagainya).
4. Lelaki menyentuh wanita bukan mahramnya dan sebaliknya tanpa berlapik.
5. Memegang kemaluan (zakar/faraj) serta sekitar lubang dubur sendiri atau orang lain punya (lihat kitab Hasyiah al-Bayjuriyy, Bab Nawaqid al-Wudu').
Ini bererti memegang/menyentuh najis (seperti babi atau tahi lembu) sengaja atau tidak, ia tidak membatalkan wuduk. Cuma perlu basuh dengan air mutlak jika terpegang tahi lembu. Manakala kalau sentuh anjing/babi kena samak (basuh dengan air 7 kali yang salah satunya air bercampur tanah). Dalam erti kata lain, memang pegang babi tak batal wuduk tapi kena samak.
Adapun demam selesema babi tidak perlu samak kerana ia hanya nama penyakit. Lagipun ia bukan berasal dari babi, cuma ia virus yang menyerang babi dan sekarang ia bermutasi dan menyerang manusia pula.
Selagi mana kita tidak menyentuh babi/anjing secara fizikal maka tidak perlu samak, Wallahu A'lam.
Terima kasih di atas penerangan. Cuma nak lebih faham, jika sdr kata, 'Ini bererti memegang/menyentuh najis (seperti babi atau tahi lembu) sengaja atau tidak, ia tidak membatalkan wuduk.' Boleh tak disimpulkan tentang batal wuduk no'1. Keluar sesuatu dari kemaluan depan dan belakang.' BUKAN kerana objek (spt najis kencing) yang keluar daripada kemaluan tetapi 'perbuatan' mengeluarkannya itu menyebabkan wuduk batal. Kalau ada hadith yang menyokong elok juga untuk difahami. Maaflah banyak bertanya.
BalasPadamNo 1 yang batalkan wuduk: keluar sesuatu dari kemaluan depan dan belakang. ---> apa saja yang keluar dari kemaluan (yang biasanya mcm air kencing, tahi, darah, angin) malah kalau kencing/berak keluar batu atau ulat sekalipun maka batal wuduk.
BalasPadamkeluar benda2 yang disebut itu, tak kira sengaja atau tidak, terbatallah wuduk, jadi kesimpulan yang saudara buat tu tak tepat.
Antara dalil perkara di atas ialah ayat al-Quran:
"sekiaranya kamu sakit, atau bermusafir, atau mendatangi tempat qada hajat (tandas untuk kencing atau berak), atau kamu menyentuh wanita, tetapi kamu tidak mendapati air, maka bertayammumlah kamu....". Surah al-Maidah ayat 6.
Ayat ini menjelaskan perkara yang membatalkan wuduk seperti qada hajat dan menyentuh wanita, namun kalau tiada air bolehlah tayammum.
Dalil dari hadis:
Ali berkata, aku seorang yang selalu keluar air mazi, tapi aku malu bertanya Nabi sebab kedudukan anaknya (sebagai isteriku). Aku minta al-Miqdad bin al-Aswad al-Kandi untuk bertanyakan hal ini kepada Nabi.Lalu Rasulullah menjawab: hendaklah dia membasuh zakarnya dan berwuduk. (Sahih al-Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menunjukkan jika sesuatu keluar dari kemaluan (dlm hadis ni adalah mazi) maka terbatal wuduk.
Ini sebahagian dalil-dalil, banyak lagi dalil berkaitan perkara yang membatalkan wuduk.
Salam saudara..untuk kenyataan saudara yang kita perlu samak jika pegang babi berdasarkan hadith,hadith mana yang ada menyebut tentang perlu samak jika pegang babi?
BalasPadamsekian terima kasih..
salam..nak tanya..last week saya baru pulang dari Koh Samui, Thailand..ada aktiviti bermandi manda di kawasan air terjun..sedang bermandi manda, tiba2 saya terpandangkan seekor anjing turut sama berasa dalam kawasan air terjun tersebut.
BalasPadamadakah saya perlu samak kerana mandi di air terjun yang sama dgn anjing tersebut?
tetapi anjing tersebut berada dibahagian hilir air terjun maksudnya air mengalir dari bahagian saya mandi ke bahagian anjing tersebut.
salam..nak tanya..saya baru pulang dari Koh Samui, Thailand..ada aktiviti bermandi manda di kawasan air terjun..sedang bermandi manda, tiba2 saya terpandangkan seekor anjing turut sama berasa dalam kawasan air terjun tersebut.
BalasPadamadakah saya perlu samak kerana mandi di air terjun yang sama dgn anjing tersebut?
tetapi anjing tersebut berada dibahagian hilir air terjun maksudnya air mengalir dari bahagian saya mandi ke bahagian anjing tersebut.