Ijtimak Tabligh Sedunia


30 Jun 2009

Ijtimak Tabligh Sedunia

Pada 9 - 12 Julai 2009 akan datang, Ijtimak Tabligh Sedunia akan diadakan di tapak berhampiran masjid Kuaters KLIA, Sepang. Ijtimak ini melibatkan 100,000 orang lebih ahli jemaah Tabligh seluruh dunia. Bersempena dengan Ijtimak ini juga, UF dah berbincang dengan seorang kawan pensyarah untuk membuat satu research yang mana respondennya terdiri daripada ahli-ahli jemaah Tabglih yang datang ke Ijtimak tersebut. Tajuknya belum ditentukan tapi mungkin berkisar isu-isu Syariah, dan kami hanya ada lebih kurang 10 hari bagi menyiapkan questionnaire untuk diedarkan semasa IJtimak nanti.

UF memohon bantuan kepada ahli jemaah Tabligh yang tinggal di Kota Warisan untuk mendapatkan maklumat bagaimana perjalanan Ijtimak nanti. Tadi pagi selepas hantar anak ke sekolah, UF dibawa oleh Hj. Ishak (orang kuat Tabligh di Kota Warisan) meninjau tapak Ijtimak dan beliau sedia membantu untuk UF jalankan penyelidikan tersebut. Insya Allah, mudah-mudahan Allah Taala permudahkan urusan UF nanti.

1 ulasan

  1. Alhamdullilah, moga research yang akan tuan jalankan itu memberi suatu manfaat dan rahmat untuk agama, yang baik kita perjuangkan yang buruk kita perbetulkan.

    BalasPadam

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage