Kami akhirnya sampai di satu kawasan yang bernama Sina'ah. Bangunan (Imarah) di situ sama saja di Mesir iaitu bangunan 3-4 tingkat macam rumah flet. Rumah penginapan aku terletak di tingkat bawah sekali (Ardiah) di sebuah lorong kecil. Setelah membayar tambang pengangkutan sebanyak 400 Lira, kami mengangkut beg-beg ke dalam rumah. Alhamdulillah nampaknya rumah ni besar juga, ada 2 bilik dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
Salah satu bilik ada katil kecil dan almari, manakala satu bilik lagi tu memang besar sungguh tapi dijadikan bilik ruangan tamu. Tidak ada katil di situ, yang ada cuma tilam sofa di lantai yang diletakkan di sekeliling bilik seperti yang kita tonton dalam filem-filem arab. Rosli dan Aminuddin duduk sekejap bersembang dengan aku tentang kehidupan di Syria sebelum mereka minta izin untuk pulang memandangkan waktu Jumaat hampir tiba. Tapi Rosli kata dia akan datang semula selepas Asar nanti.
Setelah mereka pulang aku dan isteri mengeluarkan barang-barang daripada beg terutamanya barang makanan. Selepas itu aku ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat yang pertama di Syria. Cuaca hari itu memang sejuk kerana baru lepas hujan dan jalan-jalan di sekitar rumah hingga ke masjid kelihatan sedikit becak. Masjid dengan rumah penginapan aku tidaklah jauh lebih kurang 200-300 meter saja.
Aku masih ingat lagi antara isi khutbah pada hari itu ialah khatib berdoa agar Allah turunkan hujan. Dalam hati aku berkata biar betul khatib ni, cuaca sejuk yang amat sangat macam ni pun minta hujan turun lagi. Selalunya di Mesir dulu, hujan hanya turun pada musim sejuk dan bila hujan turun kesejukan akan bertambah sejuk lagi.
Bersambung...
Langgan:
Catat Ulasan
(Atom)
Tiada ulasan
Catat Ulasan