2025


04 Jun 2025

Bengkel Asas Penulisan Kajian Literatur Pengajian Islam Menggunakan AI



Bersama: Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri Profesor, Fakulti Syariah & Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia Setiausaha Akademi Fiqh Islami Malaysia (AFHAM) Tarikh: 5 Julai 2025 Hari: Sabtu Masa: 9.00am - 1.00pm Tempat: Dar Usuli, Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor. Terbuka kepada semua!!!
Bengkel dijalankan secara Hybrid (Fizikal & Dalam Talian)
Yuran: RM60 Link Pendaftaran:

Kursus Kemahiran Istinbat Hukum Di Majmak Buhuth Al-Azhar, Darul Ifta' Mesir Dan IFFAH, USIM


Akademi Fiqh Islami Malaysia - AFHAM (No. Pendaftaran: PPM-021-05-18082020) dengan kerjasama Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia akan menganjurkan Kursus Kemahiran Istinbat Hukum di tiga institusi berikut:
i. Majmak Buhuth Al-Azhar, Mesir.
ii. Darul Ifta’, Mesir.
iii. IFFAH, USIM.
SIJIL YANG AKAN DIANUGERAHKAN
Peserta kursus Kursus Kemahiran Istinbat Hukum ini akan menerima tiga sijil seperti berikut:
i. Sijil Tadrib Ifta’ & Kemahiran Istinbat Hukum Majmak Buhuth Al-Azhar, Mesir.
ii. Sijil Tadrib Ifta’ & Kemahiran Istinbat Hukum Darul Ifta’, Mesir.
iii. Sijil Kemahiran Istinbat Hukum IFFAH, USIM.
TARIKH KURSUS Kursus di Majmak Buhuth al-Azhar, Mesir: 7 -11 September 2025 (5 hari) Kursus di Darul Ifta’ Mesir: 14 -18 September 2025 (5 hari) Sebelum pergi ke Mesir, semua peserta diwajibkan mengikuti Kursus Kemahiran Istinbat Hukum di IFFAH, USIM pada 19-20 Ogos 2025. Nota: tarikh terbang ke Mesir ialah pada 5 September 2025 dan tarikh pulang ialah pada 20 September 2025 (15 hari keberadaan di Mesir). SASARAN PESERTA 30 orang Ahli-Ahli Akademik Universiti Awam dan Swasta atau individu dalam bidang Pengajian Islam. Tempat adalah terhad. SYARAT PENYERTAAN Mempunyai latar belakang pengajian Islam dan boleh berbahasa Arab. YURAN DAN PAKEJ KURSUS RM12,500.00 (Dua belas ribu lima ratus sahaja). Pakej ini akan diuruskan sepenuhnya oleh AFHAM dan IFFAH, USIM. Pakej ini merangkumi:
i. Tiket kapal terbang kelas ekonomi.
ii. Penginapan selama 15 hari di Mesir.
iii. Makan minum selama 15 hari di Mesir.
iv. Pengangkutan selama 15 hari di Mesir.
v. Visa.
vi. Lawatan sambil belajar (di beberapa tempat pilihan dalam dan luar Kaherah).
vii. Yuran pengurusan.
viii. Yuran kursus di IFFAH, USIM.
ix. Yuran kursus di Majmak Buhuth al-Azhar, Mesir. Sekiranya peserta memlih untuk menguruskan sendiri, terdapat yuran minimum yang akan dikenakan bagi mengikuti kursus ini; iaitu sebanyak RM2000.00 (Dua ribu sahaja) yang merangkumi:
i. Yuran pengurusan.
ii. Yuran kursus di IFFAH, USIM.
iii. Yuran kursus di Majmak Buhuth al-Azhar, Mesir. PENDAFTARAN PENYERTAAN Sila daftar di link berikut:
https://forms.gle/EJFYwEPU7GNrhw4J8
Tarikh tutup penyertaan: 30 Julai 2025. PEMBAYARAN YURAN Semua pembayaran hendaklah dibuat ke akaun berikut:
Bank : Maybank Islamic Berhad
Nama Akaun : Pertubuhan Akademi Fiqh Islami Malaysia
No. Akaun : 555108386450 Resit pembayaran hendaklah diemel ke: afhammalaysia@gmail.com PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
+60133543594 - Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri (Setiausaha AFHAM)
atau di emel:
afhammalaysia@gmail.com

27 Mei 2025

Mufti Wilayah Persekutuan Kesembilan

 

(Sumber Gambar: YADIM)


Sahibus Samahah Us. Ahmad Fauwaz Fadzil telah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuat kuasa pada 23 Mei 2025 lalu menggantikan Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah. Menurut Akta Pentadbiran Undang-undang Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, Seksyen 32. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti, memperuntukkan: (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis melantik orang-orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan. Melihat latar belakang akademik, pengalaman kerja dan peribadi Sahibus Samahah Us. Ahmad Fauwaz Fadzil, beliau memang amat sesuai dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Us. Ahmad Fauwaz Fadzil adalah mufti kesembilan bagi Wilayah Persekutuan. SS mempunyai tanggungjawab besar untuk meneruskan legasi keunggulan dan kecemerlangan yang ditinggalkan oleh lapan mufti sebelumnya. Kedudukan seseorang mufti menurut perspektif Islam seperti yang dinyatakan oleh imam Ibnu Qayyim adaah tinggi kerana mufti adalah muwaqqi' (pemberitahu hukum Syarak) daripada Allah SWT kepada umat Islam. Kedudukan seseorang mufti di Wilayah Persekutuan juga amat tinggi di mana beliau adalah wakil Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam seperti yang dijelaskan dalam Akta Pentadbiran Undang-undang Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, Seksyen 33. Kuasa Mufti: Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini. Tugas seseorang mufti tidaklah ringan kerana beliau berurusan dengan hukum hakam Syarak yang berasaskan dan bersumberkan dalil-dalil Syarak untuk disampaikan kepada al-mustafti (peminta fatwa). Syarat pelantikan, adab serta etika dan tanggunjawab mufti banyak telah dijelaskan oleh imam-imam mazhab terdahulu melalui penulisan kitab-kitab mereka. Antaranya imam al-Nawawi Rh (w676H) melalui kitabnya "Adab al-Fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti", imam Ibnu al-Salah (w643H) melalui kitabnya "Adab al-Mufti wa al-Mustafti", imam al-Saymari (w386H) melalui kitabnya "Adab al-Mufti wa al-Mustafti", imam al-Khatib al-Baghdadi (w463H) melalui kitabnya "Adab al-Fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti" dan lain-lain. Kerangka gerak kerja kefatwaan Wilayah Persekutuan berpuncakuasakan Akta Pentadbiran Undang-undang Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 di bawah tajuk Bahagian III - Perlantikan Mufti, Kuasa Dalam Hal Ehwal Agama Dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak. Terdapat 8 seksyen yang bermula daripada Seksyen 32 sehingga Seksyen 39 yang memandu dan mengawal selia fatwa di Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Antara tanggungjawab Mufti Wilayah Persekutuan ialah memberi fatwa kepada persoalan yang ditanya atau dibangkitkan kepadanya. Ini yang dinyatakan dalam Seksyen 34. Fatwa: (1) Mufti hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah, atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang ditujukan kepada Mufti, membuat dan menyiarkan dalam Warta suatu fatwa atau pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubungan dengan Hukum Syarak. Yang perlu dititikberatkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan ialah perlunya (walaupun dalam akta menyebut "boleh") ada satu kajian mendalam mengenai sesuatu isu sebelum sesuatu fatwa tentang isu itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa. Ini yang diperuntukkan dalam Seksyen 35(6). Bentuk fatwa: (6) Sebelum Mufti membuat fatwa, dia boleh menyebabkan kajian-kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan. Kajian kefatwaan kontemporari perlu mengintegrasikan rujukan kitab-kitab turath, kitab-kitab mu'asir dan metodologi penyelidikan moden. Ini untuk menghasilkan istinbat hukum atau tanzil hukum yang tepat serta merealisasikan maqasid Syariah daripada fatwa yang diputuskan. Seseorang mufti perlu menguasai ilmu turath dan ilmu kontemporari kerana hal ini juga adalah tuntutan Akta Pentadbiran Undang-undang Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 melalui Seksyen 39. Nas-nas yang hendaklah diikuti: (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 38, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie. (2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali. (3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu. Tugas Mufti Wilayah Persekutuan nampak lebih penting kerana beliau turut terlibat dalam urusan rasmi program keagamaan Kerajaan Persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong. Semoga Sahibus Samahah Us. Ahmad Fauwaz Fadzil mendapat taufik dan inayah Allah SWT dalam memacu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan. Oleh: Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri Profesor, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Merangkap: Setiausaha, Akademi Fiqh Islami Malaysia (AFHAM) Ahli Jawatankuasa Fatwa, Negeri Pulau Pinang. Timbalan Presiden, Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC).
ll reactions:
Fauzilah Salleh, Afif Zakwan and 14 others
1 share
Like
Comment
Send
Share



25 Mei 2025

Bengkel Intensif Memahami Usul Fiqh 2.0


Bengkel Intensif Memahami Usul Fiqh 2.0
- Usul Fiqh susah?
- Usul Fiqh hanya untuk asatizah/ulama?
- Usul Fiqh untuk apa sebenarnya?
Jom sertai bengkel pantas dan intensif memahami ilmu Usul Fiqh.
Bersama:
Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri
Profesor,
Fakulti Syariah & Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia
Setiausaha
Akademi Fiqh Islami Malaysia (AFHAM)
Tarikh: 28 Jun 2025
Hari: Sabtu
Masa: 9.00am - 1.00pm
Tempat: Dar Usuli, Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor.
Terbuka kepada semua!!! Pelajar, asatizah, orang awam semua boleh sertai!!!
Yuran: RM60
(Termasuk buku “Pengantar Usul Fiqh” -karangan Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri-, makan tengah hari & eSijil)
Sila bayar yuran ke:
Usuli Faqih Research Centre PLT
Maybank
555108375906
Nota: Emel resit pembayaran ke usulifaqih@gmail.com atau wasap ke 0196440815.


 

27 April 2025

Ke Arah Pemantapan Institusi Fatwa



Antara kajian lapangan yang saya buat ialah tentang institusi agama atau lebih tepat tentang beberapa Jabatan Mufti Negeri. Kajian itu mengenai tahap pengetahuan masyarakat Islam di bandar-bandar utama tentang kewujudan Jabtan Mufti Negeri tersebut dan tahap pematuhan terhadap fatwa-fatwa yang diputuskan. Saya pernah juga buat kajian dan menghasilkan graduan sarjana tentang Mufti Wanita di Malaysia. Saya hasilkan model bidangkuasa sekiranya pada masa akan datang ada Negeri yang ingin melantik sorang Mufti wanita. Untuk pemantapan kertas kerja fatwa atau terkadang dipanggil kertas hukum, dalam RTD anjuran IKIM saya pernah cadangkan agar dilakukan audit fatwa. Pilih beberapa kertas fatwa (kalau tak semuapun), lalu dilantik pihak ketiga untuk semak penulisan kertas kerja tersebut. Ini untuk meningkatkan kualiti penulisan kertas hukum kefatwaan. Dalam pengajaran subjek Pengurusan Fatwa di USIM, antara tugasan pelajar ialah saya minta pelajar membuat ulasan tentang laman web Jabatan Mufti Negeri. Saya juga minta pelajar buat analisis SWOT. Untuk memantapkan kemahiran pegawai di Jabatan Mufti, saya bangunkan modul Sijil Eksekutif Kemahiran Istinbat Hukum. Dua Jabatan Mufti iaitu Sarawak dan Wilayah Persekutuan telah mengikuti lapan siri modul tersebut. Sebagai pemeriksa luar dan penyelia tesis, saya amat terbuka sekiranya ada calon pelajar yang mencadangkan penambahbaikkan apa sahaja aspek tentang Jabatan Mufti atau Jawatankuasa Fatwa. Saya sudah menjadi penyelidik lebih 20 tahun. Banyak terlibat membuat kajian dan kertas kerja kefatwaan sama ada untuk JK Muzakarah MKI di peringkat Kebangsaan mahupun untuk JK Fatwa Negeri. Saya kenal dan ada ramai kawan di JAKIM, JK Muzakarah MKI dan JK Fatwa Negeri. Apatah lagi sekarang saya salah seorang AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang. Ini semua bukan tujuannya untuk membuka pekung Jabatan Mufti Negeri, apatah lagi nak memburukkannya. Tujuan dan hasrat saya ialah untuk menyumbang sesuatu kepada penambahbaikkan dan memantapkan peranan institusi kefatwaan tersebut. Apa yang saya kaji, apa yang saya buat dan apa yang saya cadangkan seperti biasa ada yang terkejut, ada yang terima, ada yang sinis dan ada yang tidak terima sama ada secara baik atau keras. Saya akan terus buat apa yang saya buat dulu, kini dan selamanya insya Allah selagi hayat dikandung badan.

26 April 2025

Biro Tatanegara (BTN)

(Sumber Gambar: Malaysia Gazzette)


2005 saya menghadiri kursus Biro Tatanegara (BTN) sebagai syarat untuk dapat tajaan biasiswa JPA sambung belajar ke luar negara. Seorang kawan pensyarah yang telah hadir kursus itu dalam siri sebelumnya pesan kat saya. Nanti dalam satu latihan berkumpulan, fasilitator akan lontarkan satu soalan lebih kurang begini: Organisasi anda nak buat satu program motivasi. Ada 3 syarikat operator: 1. Syarikat berpengalaman dan bagus tapi pro pembangkang. 2. Syarikat baru tubuh dan tiada pengalaman tapi pro kerajaan (pro UMNO). 3. Syarikat antarabangsa yang berpengalaman. Jadi syarikat mana anda nak pilih? Kawan saya cerita sapa yang pilih jawapan 1 memang kena ghasl mukh (basuh otak) sebab dicop geng pembangkang. Sapa pilih jawapan 3 pun kena basuh juga sebab dicop sebagai tidak patriotik kepada negara. Jadi sapa pilih jawapan 2 memang kena puji (dan ini sebenarnya SYARAT MUDAH nak lulus kursus BTN tu walaupun kena taqiyyah). Bagai dikabor, memang sungguh soalan itu yang ditanya dalam kursus BTN yang saya hadir. Saya pula dilantik jadi tok penghulu siri tu, bersungguhlah saya menjustifikasi jawapan 2. Ahli kumpulan lain ada yang pilih jawapan 1, 2 dan 3. Bagai dikabor juga memang betul sapa pilih jawapan 1 dan 3 memang kena basuh kaw² dengan fasilitator. Kami yang pilih jawapan 2 dipuji melangit. Dalam hati saya gelak ja sebab soalan dah bocor awal hahahaha. Saya menjangkakan soalan bentuk begini lebih kurang akan ditanya dalam temuduga Naib Canselor nanti. Mungkin ya mungkin tidak. Kalau ditanya, saya ada jawapannya insya Allah. Kita tidak pernah serius untuk membangunkan negara dengan orang yang paling layak. Yang penting satu gu.

Naib Canselor

 


Saya pernah memohon jawatan Naib Canselor Unishams dan telah dipanggil temuduga pun. Ada 3 orang calon yang disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga. Antara soalan panel yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah apa langkah dan strategi saya untuk menjana kewangan Unishams. Pertamanya saya menjawab sepatutnya Universiti tidak dibebankan dengan kerja mencari wang. Universiti sepatutnya fokus kepada pembangunan dan penyediaan akademik pelajar. Namun memandangkan penjanaan kewangan Universiti sudah menjadi satu kewajipan sekarang dan semua pihak berkaitan bercakap mengenainya, maka saya memperkenalkan satu strategi untuk Unishams yang saya namakan "Strategi Koloni Lebah". Secara mudahnya ia adalah kerjasama semua pihak dalam Universiti untuk turut menjayakannya. Adalah 2-3 cadangan untuk penjanaan yang saya nyatakan dalam temuduga itu. Pendek cerita saya tidak dapat jawatan itu. Saya tidak kecewa pun. Ia satu pengalaman untuk saya. Namun kalau saya dipanggil untuk temuduga jawatan Naib Canselor mana-mana universiti lain pula, strategi sama yang saya akan cadangkan. Banyak juga idea saya nak cadangkan khususnya tentang penjanaan kewangan Universiti. Kalau nak tahu panggillah saya untuk temuduga Naib Canselor.
All reactions:
Usman Che Aziz, محمدابن محمد and 315 others

09 April 2025

FIQH TENTERA: KAJIAN YANG TIADA HENTINYA

 





8 April 2025

Hari yang amat memenatkan. Jam 4.20am saya dah bangun kerana hari ni ada temujanji kajian Fiqh Tentera di Kem Sg Udang Melaka. Nak tangkap gambar tatacara bersuci dan solat bagi Sniper & Spotter serta bagi anggota tentera yag pakai PPE yang menjalankan operasi Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe). Jam 5.00am saya bergerak dari rumah dan singgah di restoan Mannu Salwa ambil Us. Azhar dan Dr. Amiruddin (2 komando yang sangat setia dengan dalam kajian team Komando Briged al-Qassam saya). Kami sampai di Masjid Syuhada Kem Terendak lebih kurang jam 7.45am. Lebih kurang jam 9.00am kami bergerak ke Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) iaitu pusat latihan Komando. Di situ kami tangkap gambar tatacara bersuci dan solat bersama Sniper & Spotter komando. Dah alang-alang bersama Sniper & Spotter komando, saya mencuba pakaian Sniper dan mencuba sendiri pergerakan solat dengan pakaian tersebut. Berpeluh juga pakai pakaian tu. Bayang tengok Sniper pakai dalam tempoh berjam-jam atau berhari-hari kalau dalam latihan atau operasi. Habis shooting gambar, kami dijemput untuk minum bersama Komandan PULPAK. Kami berborak ringkas dan mengcapkan terima kasih kerana kebenarannya untuk kami shooting dengan komando beliau. Dapat ja makan 2-3 ulas musang king. Tengah hari kami pergi ke rumah Kapten Faiz untuk berehat sekejap dan makan tengah hari. Lepas tu kami ke Masjid Syuhada untuk solat Zohor. Jam 2.00pm kami bergerak pula ke Skuardron 12 Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) ATM yang terletak bersebelahan Kem Terendak. Di situ kami berjumpa dengan CO dan diberi taklimat tentang peranan Skuardron CBRNe. Kami bersoal jawab juga tentang isu-isu fiqh berbangkit. Ini kerana Skuardron CBRNe adalah pasukan yang akan pakai PPE khas bila berlaku perang yang melibatkan agen-agen kimia dan lain-lain yang berbahaya. Pemakaian PPE itu bergantung kepada jenis PPE yang dipakai. Kebiasaan akan melibatkan pemakaian PPE dalam tempoh 30 minit hingga ke 2-3 jam bergantung kepada situasi. Setelah taklimat, kami dibawa melawat ke stor penyimpanan PPE dan di situ saya sendiri memakai 2 jenis PPE kategori A (yang melibatkan situasi bahan kimia tidak diketahui). Jenis ini perlu bantuan 2-3 orang untuk memakainya sebab susah. Macam pakaian angkasawan dan ada tong gas oksigen yang digalas di belakang badan dan topeng oksigen yang dipakai di bahagian muka. PPE ini bertutup rapat. Saya pakai dalam masa 10 minit pun dah rasa sesak nafas dan rasa sempit dada. Saya cuba berjalan pun terkedek-kedek dan susah. Cuba nak rukuk pun rasa nak terhumban ke depan kerana sedang menggalas tong gas oksigen. Satu lagi ialah PPE kategori C. Ia ada baju, seluar dan kasut khas tapi tak seberat PPE gred A. Tong gas oksigen pun tak ada. Hanya topeng muka seperti dalam gambar (Saya dalam PPE biru dan Us. Azhar PPE Hijau). Saya cuba melakukan pergerakan solat seperti rukuk dengan PPE ini tidak ada masalah sangat. Lepas itu kami shooting gambar dengan anggota tentera yang pakai PPE gred C. Saya cuba bertahan selama 40 minit dalam PPE tu walaupun berpeluh-peluh dan rasa sesak nafas bila setiap kali cuba bernafas. Saya nak rasa sendiri keperitan memakai PPE dalam tempoh yang lama. Rupanya ada sahaja isu-isu fiqh berkaitan tentera ini. Setiap kali kami buat kajian sebegini, ada sahaja info dan ilmu baharu yang kami perolehi. Ini baru cabang tentera darat. Cabang tentera laut dan udara juga ada isu-isu fiqh tersendiri. Alhamdulillah pihak ATM memberi kerjasama yang amat baik kepada team kami. Perjalanan hari ini kami sudahi dengan makan lempeng di tepi pantai dengan team USIM dan tean KAGAT yang juga selalu menemani kami sepanjang kami buat kajian ini. Saya sampai rumah jam 9.00pm. Amat penat sebab saya lah driver, saya lah kamera man, saya lah Director hahaha. Namun Alhamdulillah berbaloi. Nota: saya hanya boleh tunjuk gambar sebahagian sahaja dan tidak keseluruhannya.

ERROR 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage